Page 217 - Surah Hud : Tafsir dan Huraian.
P. 217
208 Surah Hud : Tafsir dan Huraian
Keterangan Ayat
1. Allah SWT memberikan peringatan dan amaran kepada kaum yang
zalim bahawa mereka boleh ditimpa azab seperti umat yang terdahulu.
2. Kaum yang zalim di kalangan umat yang terdahulu telah dibinasakan
oleh Allah kerana kezaliman dan kekufuran mereka.
3. Azab Allah adalah azab yang amat pedih dan sakit. Azab yang amat
keras dan dahsyat. Azab yang tidak mampu ditanggung oleh manusia.
Rujukan tafsir: At-Tabari, Al-Qurtubi, Ibn Kathir dll.
Antara Petunjuk Ayat
1. Kaum yang zalim tidak akan terlepas dari azab Allah. Sama ada segera
di dunia atau di akhirat.
2. Umat yang terdahulu telah dibinasakan oleh Allah kerana kezaliman
dan kekufuran mereka.
3. Kita adalah makhluk yang lemah. Kita tidak akan mampu untuk
menanggung azab Allah yang Maha Dahsyat.
Kaedah Beramal
1. Hendaklah kita sentiasa ingat bahawa kaum yang zalim tidak akan
terlepas dari azab Allah. Maka jangan melakukan kezaliman dan
kekufuran.
2. Hendaklah kita bertaubat dan meninggalkan kezaliman. Jangan ikut
jejak langkah orang yang zalim dan kufur.
3. Hendaklah kita ingat dan sedar bahawa kita adalah hamba Allah dan
tidak akan mampu untuk menanggung azab Allah.
Ya Allah ampunkanlah segala dosa dan kesalahan
kami, jauhkanlah kami dari azab-Mu yang pedih dan
dahsyat. Amin.