Page 219 - Surah Hud : Tafsir dan Huraian.
P. 219
210 Surah Hud : Tafsir dan Huraian
Keterangan Ayat
1. Allah SWT menjelaskan bahawa hanya orang yang beriman dan takut
kepada azab hari akhirat yang mengambil iktibar dari kebinasaan
kaum yang zalim tersebut.
2. Allah SWT menegaskan bahawa hari akhirat adalah hari yang akan
dihimpunkan semua manusia. Hari yang akan dihadiri dan disaksikan
oleh sekalian makhluk.
4. Allah SWT menangguhkan hari kiamat itu untuk suatu tempoh
yang telah ditetapkan. Apabila tiba waktunya ia akan berlaku tepat
pada masanya yang telah ditentukan. (Rujukan tafsir: At-Tabari, Al-
Qurtubi, Ibn Kathir dll.)
Antara Petunjuk Ayat
1. Orang yang beriman dan takut kepada azab akhirat adalah orang yang
mengambil iktibar dari kisah umat-umat yang telah dibinasakan.
2. Manakala orang yang tidak beriman dan tidak takut kepada azab
akhirat, mereka tidak mempedulikan kisah umat-umat yang telah
dibinasakan.
3. Kita semua akan dihimpunkan pada hari kiamat. Hari perhitungan
dan hari perbicaraan yang telah ditetapkan untuk kita dan semua
manusia.
Kaedah Beramal
1. Hendaklah kita beriman dan takut kepada azab akhirat. Jangan jadi
orang yang kufur kepada azab akhirat.
2. Hendaklah kita mengambil iktibar dari kisah umat-umat yang telah
dibinasakan. Jangan jadi orang yang tidak mempedulikan azab Allah.
3. Hendaklah kita bersedia untuk dihimpunkan pada hari kiamat.
Jangan buat perkara yang dimurkai oleh Allah.
Ya Allah jadikanlah kami orang yang beriman dan
takut kepada azab akhirat, bantulah kami untuk
bersedia untuk dihimpunkan pada hari kiamat. Amin.