Page 221 - Surah Hud : Tafsir dan Huraian.
P. 221
212 Surah Hud : Tafsir dan Huraian
Keterangan Ayat
1. Allah SWT menjelaskan keadaan yang akan berlaku pada hari kiamat.
Keadaan manusia pada hari tersebut.
2. Mereka tidak akan dapat berkata-kata melainkan dengan izin Allah.
Mereka semua patuh dan tunduk kepada Tuhan mereka.
3. Mereka terbahagi kepada dua golongan. Golongan yang beriman
adalah golongan yang berbahagia. Golongan yang kufur adalah
golongan yang celaka.
Rujukan tafsir: At-Tabari, Al-Qurtubi, Ibn Kathir dll.
Antara Petunjuk Ayat
1. Kehidupan kita di dunia hanya sementara. Kita semua akan
dihimpunkan di akhirat untuk dibicara.
2. Nikmat kebebasan bersuara di dunia perlu digunakan dengan
sebaiknya. Tiada siapa yang dapat bersuara pada hari kiamat tanpa
izin Tuhan kita.
3. Hanya ada dua golongan sahaja di akhirat. Sama ada kita golongan
yang bahagia atau golongan yang celaka.
Kaedah Beramal
1. Hendaklah kita memikirkan keadaan kita pada hari kiamat. Adakah
kita sudah bersedia untuk menghadapinya?
2. Hendaklah kita menggunakan nikmat berkata-kata dengan sebaiknya.
Jangan bercakap perkara yang dimurkai dan sia-sia.
3. Hendaklah kita berusaha untuk menjadi golongan yang bahagia di
akhirat. Jangan hanya mengejar bahagia di dunia.
Ya Allah jadikanlah kami orang yang bahagia di dunia
dan di akhirat, bantulah kami untuk beriman dan
beramal soleh. Amin.