Page 225 - Surah Hud : Tafsir dan Huraian.
P. 225

216   Surah Hud : Tafsir dan Huraian





               Keterangan Ayat

                 1. Allah SWT menjelaskan ganjaran yang diberikan kepada golongan
                   yang bahagia.  Iaitu golongan yang beriman dan taat kepada Tuhan
                   mereka.

                 2.  Mereka akan masuk ke dalam syurga dan kekal di dalamnya selama-
                   lamanya. Mereka tidak akan dikeluarkan dari syurga.
                 3. Allah mengurniakan kepada mereka nikmat syurga yang tidak
                   terputus selama-lamanya sebagai kurniaan dan pemberian dari-Nya.
                   (Rujukan tafsir: At-Tabari, Al-Qurtubi, Ibn Kathir dll.)

               Antara Petunjuk Ayat

                 1.  Orang yang bahagia adalah orang yang dimasukkan ke dalam syurga.
                   Orang yang bahagia di akhirat.
                 2. Nikmat syurga adalah nikmat yang tidak akan terputus walaupun
                   seketika.  Nikmat yang berterusan selama-lamanya.
                 3.  Ahli syurga tidak akan dikeluarkan dari syurga.  Ia adalah kurniaan
                   dan pemberian dari Allah kepada golongan yang bahagia.



               Kaedah Beramal


                 1. Hendaklah kita berusaha untuk menjadi golongan yang bahagia
                   dengan cara kita beriman dan taat kepada Tuhan kita.
                 2. Hendaklah kita ingat kepada nikmat syurga yang kekal selamanya
                   bukan seperti nikmat dunia yang selalu terputus dan hanya sementara.

                 3.  Hendaklah kita berdoa kepada Allah agar kita dimasukkan di dalam
                   golongan yang bahagia dan dimasukkan ke dalam syurga.


                    Ya Allah bantulah kami untuk menjadi golongan yang
                    bahagia di dunia dan di akhirat, kurniakanlah kepada
                           kami syurga yang kekal abadi.  Amin.
   220   221   222   223   224   225   226   227   228   229   230