Page 227 - Surah Hud : Tafsir dan Huraian.
P. 227
218 Surah Hud : Tafsir dan Huraian
Keterangan Ayat
1. Allah SWT menegaskan kepada Nabi Muhammad SAW bahawa
penyembahan berhala yang dilakukan oleh kaum musyrikin adalah
sia-sia.
2. Tidak perlu meragui bahawa penyembahan mereka itu adalah sia-sia
seperti yang telah dilakukan oleh datuk moyang mereka.
3. Allah SWT akan menyempurnakan bagi mereka azab yang telah
ditentukan kepada mereka tanpa dikurangkan walaupun sedikit.
(Rujukan tafsir: At-Tabari, Al-Qurtubi, Ibn Kathir dll.)
Antara Petunjuk Ayat
1. Orang yang menyembah selain dari Allah adalah orang yang sesat.
Segala ibadat dan penyembahan mereka adalah sia-sia dan tidak
berguna.
2. Sebahagian manusia hanya mengikut kepercayaan datuk moyang
mereka walaupun jelas bercanggah dengan kebenaran.
3. Orang yang melakukan kesyirikan dan penyembahan berhala akan
menerima balasan azab yang sempurna tanpa dikurangkan
Kaedah Beramal
1. Hendaklah kita menjelaskan kepada orang yang musyrik bahawa
ibadat mereka dan penyembahan mereka adalah sia-sia.
2. Hendaklah kita meninggalkan kepercayaan datuk moyang kita jika
jelas bercanggah dengan kebenaran.
3. Hendaklah kita menghindari kesyirikan. Jangan kita ikut kesesatan
orang yang musyrik. Tetapi ajaklah mereka kepada kebenaran.
Ya Allah jauhkanlah kami dari kesyirikan dan
penyembahan berhala, jadikanlah kami orang yang
mengikut agama-Mu yang benar. Amin.