Page 223 - Surah Hud : Tafsir dan Huraian.
P. 223

214   Surah Hud : Tafsir dan Huraian





               Keterangan Ayat

                 1.  Allah SWT menjelaskan kesudahan dan balasan yang menimpa orang
                   yang celaka kerana keingkaran dan kekufuran mereka.
                 2.  Mereka akan masuk ke dalam neraka dan mendengar suara ahli neraka
                   yang menjerit dan melolong kesakitan di dalamnya.
                 3. Mereka akan kekal di dalam neraka selamanya kecuali apa yang
                   dikehendaki oleh Allah.  Dia Maha Berkuasa melakukan apa yang
                   dikehendaki-Nya. (Rujukan tafsir: At-Tabari, Al-Qurtubi, Ibn Kathir
                   dll.)

               Antara Petunjuk Ayat

                 1. Orang yang celaka adalah orang yang masuk ke dalam neraka dan
                   mendapat kecelakaan di akhirat.
                 2.  Kesakitan ahli neraka adalah kesakitan yang amat menyeksakan dan
                   tidak mampu ditanggung oleh manusia.
                 3.  Ahli neraka tidak akan dapat keluar dari neraka kecuali orang yang
                   dikehendaki oleh Allah.


               Kaedah Beramal
                 1. Hendaklah kita menjauhi sifat-sifat orang yang celaka di akhirat.
                   Jangan ikut sifat-sifat mereka.
                 2. Hendaklah kita sentiasa ingat seksa dan azab neraka yang amat
                   dahsyat.  Kita tidak akan mampu menanggung azabnya.
                 3. Hendaklah kita berdoa dan memohon kepada Allah agar kita
                   dijauhkan dari azab neraka.


                    Ya Allah jauhkanlah kami dari azab neraka, bantulah
                     kami untuk menjadi golongan yang bahagia bukan
                              golongan yang celaka.  Amin.
   218   219   220   221   222   223   224   225   226   227   228