Page 231 - Surah Hud : Tafsir dan Huraian.
P. 231
222 Surah Hud : Tafsir dan Huraian
menangguhkan hukuman hingga ke suatu masa yang tertentu), tentulah
dijatuhkan hukuman azab dengan serta-merta kepada mereka. Dan
sesungguhnya mereka masih menaruh perasaan ragu-ragu tentang (kebenaran
Al-Quran) itu”.
Keterangan Ayat
1. Allah SWT menjelaskan kepada Nabi Muhammad SAW bahawa
sebahagian kaum Nabi Musa a.s telah menentang dan menolak Kitab
Allah.
2. Allah SWT telah menetapkan untuk menangguh balasan kepada orang
yang menolak Kitab Allah sehingga waktu yang telah ditentukan.
3. Allah SWT menegaskan bahawa mereka yang menolak Kitab Allah
adalah orang-orang yang meragui kebenarannya. Mereka tidak
percaya kepada Kitab Allah.
Rujukan tafsir: At-Tabari, Al-Qurtubi, Ibn Kathir dll.
Antara Petunjuk Ayat
1. Golongan yang menentang dan menolak Kitab Allah telah wujud
sejak zaman dahulu. Oleh itu kita tidak perlu bimbang tentang
mereka.
2. Mereka akan menerima balasan di atas perbuatan mereka itu pada
waktu yang telah ditetapkan oleh Allah kepada mereka.
3. Mereka adalah golongan yang tidak percaya dan tidak beriman kepada
Kitab Allah. Mereka hidup di dalam keraguan dan kesangsian.