Page 235 - Surah Hud : Tafsir dan Huraian.
P. 235
226 Surah Hud : Tafsir dan Huraian
Ayat 112
Firman Allah SWT :
َ ُ ܅ ْ ۡ َ ۡ َ َ َ َ َ َ َ َ َ َ َ ۡ ُ ٓ َ ۡ َ ۡ َ
َ
ܛ ݙ ܝ ۥ ݝ ݛ ِ إ ۚا ݠ ݊ ݁ ٭ ݫ و ݑ ݇ ݘ ب ܛ ܡ ݚ ݘ و ت ܱ ِڎ أ ܛ ݙ ݒ ݗ ِݐ ܢ ܴ ܓ
ِ
ُ
ٞ ََ ۡ َ
َ
١١٢ ߄ ِ ܻܝ نݠݖݙ݇٭
Ertinya: “Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap
teguh di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan
hendaklah orang-orang yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu
berbuat demikian; dan janganlah kamu melampaui batas hukum-hukum
Allah; sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan”.
Keterangan Ayat
1. Allah SWT memerintahkan Nabi Muhammad SAW dan para
pengikutnya agar sentiasa tetap teguh di jalan Allah dan mengikut
perintah-Nya.
2. Allah SWT melarang mereka dari melanggar perintah-Nya dan
melampaui batas hukum yang telah ditetapkan oleh Allah.
3. Allah Maha Melihat segala apa yang mereka lakukan. Tiada apa yang
tersembunyi dari penglihatan-Nya. (Rujukan tafsir: At-Tabari, Al-
Qurtubi, Ibn Kathir dll.)
Antara Petunjuk Ayat
1. Orang yang beriman perlu sentiasa tetap teguh di atas agama Allah
dan mengikut perintah-Nya.
2. Orang yang beriman tidak dibenarkan untuk melanggar perintah
Allah dan melampaui batas hukum yang telah ditetapkan oleh Allah.
3. Orang yang beriman sentiasa ingat bahawa Allah Maha Melihat segala
apa yang mereka lakukan.