Page 239 - Surah Hud : Tafsir dan Huraian.
P. 239
230 Surah Hud : Tafsir dan Huraian
Ayat 114
Firman Allah SWT :
ۡ ܅ ܅ َ ّ ٗ َ ُ َ َ ܅ َ َ َ َ َ ܅ َ َ
ۡ
ٰ
َ َ َ
ٰ
ِ ڴ ܵ އ ٱ ن ِ إ ݔ ْ ٱ ݚ ِ ݘ ܛ ݍ ݕ ز و ر ܛ ݟ ّ ٱ ١ ܱ ݀ ة ݠ ݖ ܻ ڍ ٱ ِݗ ِ ݏ أ و
ܠ
ܓ
ِ
ِ
ِ
َ ܅ ٰ َ ۡ َ َ َ ّ ܅ َ ۡ ۡ ُ
ٰ
ٰ
١١٤ ݚ ڊ ܱ ِݒ ں ݖ ِ ڍ ى ܱ ݒ ِذ ݑ ِ ڍ ڝ ܓ ِت ܛ ٔـ ݤ ܵ ڍ ٱ ߝ ِݞ ܰ ݣ
ِ
ِ
Ertinya: "Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan
umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-
waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya
amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan.
Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi
orang-orang yang mahu beringat”.
Keterangan Ayat
1. Allah SWT memerintahkan Nabi Muhammad SAW dan orang-orang
yang beriman supaya mendirikan solat pada waktu siang dan malam.
2. Allah SWT menegaskan bahawa amalan-amalan kebajikan akan
menghapuskan kejahatan dan dosa-dosa kecil.
3. Perintah-perintah Allah yang telah dinyatakan ini adalah menjadi
peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat. (Rujukan tafsir: At-
Tabari, Al-Qurtubi, Ibn Kathir dll.)
Antara Petunjuk Ayat
1. Kita diwajibkan untuk mendirikan solat lima waktu pada setiap hari.
Kita juga disunatkan untuk mendirikan solat pada waktu malam.
2. Amal kebajikan dan ibadah yang kita lakukan akan menghapuskan
kejahatan dan dosa-dosa kecil yang kita lakukan.
3. Orang-orang yang beriman perlu menjadikan perintah-perintah Allah
sebagai peringatan untuk diri mereka.