Page 243 - Surah Hud : Tafsir dan Huraian.
P. 243
234 Surah Hud : Tafsir dan Huraian
Ayat 116
Firman Allah SWT :
َ َ َ ۡ َ ܅ َ ْ ُ ْ ُ ۡ ُ ۡ َ ُ ُ ۡ َ َ َ َ َ َ
ۡ
ۡ
ݚ ݆ ن ݠ ݟ ݜ ٰ ٖܟ ݤ ِݐ ܝ ا ݠ ڍ و أ ݗ ٶ ِݖ ܞ ٴ ݚ ِݘ ن و ܱ ݐ ݕ ٱ ݚ ِݘ ن ߣ ݫ ݠ ݖ
ِ
ِ
܅
َ ܅ َ َ َ ۡ ُ ۡ َ ۡ َ َ ۡ ܅ ّ ٗ َ ܅ َ ۡ َ َ ۡ
ݚݣِٕٱ ݅ܞ٭ٱو ۗݗݟݜِݘ ܛݜݤݷأ ݚݙِڎ ݬݤِݖݏ ݫِإ ِ ضܵݧٱ ِ ِدܛܵݍݕٱ
َ ۡ ُ ْ ُ َ َ ْ ُ ۡ ُ ٓ ْ َ َ
َ
ُ
١١٦ ߡِݘܱމ اݠݛ٦و ِݝݤِٳ اݠܱܡڅ ܛݘ اݠݙݖ݃
ِ
ِ
Ertinya: “Maka sepatutnya ada di antara umat yang telah dibinasakan
dahulu daripada kamu itu, orang-orang yang berkelebihan akal fikiran yang
melarang kaumnya dari perbuatan-perbuatan jahat di muka bumi tetapi
sayang, tidak ada yang melarang melainkan sedikit sahaja, iaitu orang-
orang yang Kami telah selamatkan di antara mereka. Dan orang-orang yang
tidak melarang itu telah menitik beratkan segala kemewahan yang diberikan
kepada mereka dan menjadilah mereka orang-orang yang berdosa”.
Keterangan Ayat
1. Allah SWT menjelaskan bahawa umat-umat yang telah dibinasakan
dahulu tidak ramai golongan yang melarang mereka dari melakukan
kemungkaran.
2. Golongan yang melarang mereka dari kemungkaran ini hanya sedikit.
Hanya golongan ini sahaja yang diselamatkan dari azab Allah.
3. Golongan lain yang tidak menghiraukan larangan, mereka
membiarkan kemungkaran dan terus tenggelam di dalam kemewahan
sehingga mereka semua dibinasakan. (Rujukan tafsir: At-Tabari, Al-
Qurtubi, Ibn Kathir dll.)