Page 245 - Surah Hud : Tafsir dan Huraian.
P. 245
236 Surah Hud : Tafsir dan Huraian
Ayat 117
Firman Allah SWT :
ُ
َ ُ ۡ ُ َ ۡ َ َ ۡ ُ ٰ َ ُ ۡ َ ۡ ُ َ ܆ َ َ َ َ َ
١١٧ نݠܫِݖܻڎ ܛݟݖݞأو ܌ݖ݄ܝ ىܱݐݕٱ ݑِݖݟ ِ ْ ݑډر نߣ ܛݘو
ٖ
ِ
Ertinya: “Dan Tuhanmu tidak sekali-kali hendak membinasakan mana-mana
negeri dengan sebab kezaliman penduduknya, selagi mereka sentiasa memperbaiki
keadaan sesama sendiri”.
Keterangan Ayat
1. Allah SWT menjelaskan bahawa tiada negeri yang telah dibinasakan
hanya dengan sebab kezaliman penduduknya.
2. Mereka dibinasakan kerana kemungkaran yang berleluasa dan tiada
golongan yang mencegah mereka dari melakukan kezaliman.
3. Allah SWT tidak akan membinasakan mereka jika ada golongan
muslihin yang mencegah mereka dari kezaliman dan mereka
melakukan pembaikan.
Rujukan tafsir: At-Tabari, Al-Qurtubi, Ibn Kathir dll.
Antara Petunjuk Ayat
1. Tiada negeri yang telah dibinasakan melainkan penduduknya adalah
orang-orang yang zalim dan terus melakukan kemungkaran.
2. Allah SWT tidak menzalimi mana-mana penduduk negeri yang
telah dibinasakan. Namun mereka yang telah menzalimi diri mereka
sendiri.
3. Mereka tidak dibinasakan hanya kerana kesyirikan dan kekufuran.
Tetapi ia adalah kerana kezaliman yang berleluasa di kalangan
penduduknya.