Page 247 - Surah Hud : Tafsir dan Huraian.
P. 247
238 Surah Hud : Tafsir dan Huraian
Ayat 118
Firman Allah SWT :
َ
ٗ
َ َ ۡ ُ َ ُ َ َ َ َ ٗ َ َ ܅ ُ َ ܅ َ َ َ َ َ ܆ َ َ ٓ َ ۡ َ
ٰ
١١٨ ߡِݍِݖܢދ نݠڍاܲݣ ݫو ۖةܯِܪڭ ܟݘأ سܛّٱ ݔ݇ކ ݑډر ءܛܷ ݠڍو
Ertinya: “Dan kalaulah Tuhanmu (wahai Muhammad) menghendaki, tentulah
Ia menjadikan umat manusia semuanya menurut agama yang satu. (Tetapi Ia
tidak berbuat demikian) dan kerana itulah mereka terus-menerus berselisihan”.
Keterangan Ayat
1. Allah SWT menjelaskan kepada Nabi Muhammad SAW bahawa Dia
berkuasa untuk menjadikan semua manusia di atas satu agama yang
benar.
2. Namun Allah SWT tidak berbuat demikian dengan hikmah dan
ketentuan yang telah ditetapkan oleh-Nya.
3. Oleh sebab itu berlaku perbezaan dan perselisihan di antara manusia
yang berterusan sehingga ke hari ini.
Rujukan tafsir: At-Tabari, Al-Qurtubi, Ibn Kathir dll.
Antara Petunjuk Ayat
1. Allah SWT adalah Tuhan Yang Maha Berkuasa. Dia berkuasa untuk
menjadikan semua manusia beriman kepada-Nya.
2. Allah SWT tidak memaksa manusia untuk beriman kepada-Nya.
Mereka diberikan pilihan untuk beriman atau kufur.
3. Orang yang berakal akan memilih iman dan syurga yang dijanjikan.
Orang yang tidak berakal memilih kufur yang dijanjikan neraka.