Page 249 - Surah Hud : Tafsir dan Huraian.
P. 249

240   Surah Hud : Tafsir dan Huraian




                                        Ayat 119

              Firman Allah SWT :
                            ُ َ
                                            َ
              ܅  َ  َ  ۡ  َ  َ  َ ّ َ َ  ۡ ܅ َ ۡ ُ  َ َ َ َ  َ َ ܆ َ َ ܅  َ  ܅
                                     َ
                                                   ٰ
              نݨڎݧ ݑډر ܟݙِߥ ܠݙ٭و ۗݗݟݐݖܭ ݑِڍںِݕو ݑډر ݗِܪر ݚݘ ݫِإ
                                                        ۚ
                        ِ
                                          َ َ ۡ  َ   ܅ َ ܅  ۡ   َ   َ ܅ َ َ
                                      ١١٩ ߡِ݇ތأ  ِ سܛّٱو ِܟݜކٱ ݚِݘ ݗݜݟܧ
                                                            ِ
              Ertinya: “Tetapi orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanmu, (mereka
              bersatu di dalam agama Allah); dan untuk (perselisihan dan rahmat) itulah Allah
              menjadikan manusia.  Dan dengan yang demikian sempurnalah janji Tuhanmu:
              “Sesungguhnya Aku akan memenuhi neraka jahanam dengan sekalian jin dan
              manusia (yang berdosa)”.




               Keterangan Ayat

                 1.  Allah SWT menjelaskan bahawa orang-orang yang mendapat rahmat-
                   Nya mereka tetap teguh bersatu di atas agama-Nya.
                 2. Allah SWT telah menjadikan manusia dengan tujuan untuk
                   memberikan balasan kepada mereka.  Sama ada yang beriman atau
                   yang kufur.
                 3.  Allah SWT telah menetapkan bahawa neraka jahanam akan dipenuhi
                   oleh jin dan manusia yang berdosa dan kufur.
                     Rujukan tafsir: At-Tabari, Al-Qurtubi, Ibn Kathir dll.

               Antara Petunjuk Ayat


                 1.  Kita perlu menjadi orang yang mendapat rahmat Allah dengan cara
                   kita berpegang teguh kepada agama-Nya.
                 2.  Kita perlu ingat tujuan kita diciptakan.  Kita tidak diciptakan sia-sia.
                   Kita diciptakan untuk menerima balasan sama ada syurga atau neraka.
                 3.  Kita perlu memastikan jalan kita sekarang.  Adakah jalan kita jalan
                   yang diredai oleh Allah atau jalan yang membawa ke neraka?
   244   245   246   247   248   249   250   251   252   253   254