Page 253 - Surah Hud : Tafsir dan Huraian.
P. 253
244 Surah Hud : Tafsir dan Huraian
Keterangan Ayat
1. Allah SWT menjelaskan kepada Nabi Muhammad SAW tujuan
dibawakan kisah-kisah Para Rasul yang dinyatakan sebelum ini.
2. Allah SWT menjelaskan bahawa setiap kisah Para Rasul tersebut
adalah untuk menguatkan hati Baginda dan orang-orang yang
beriman.
3. Kisah-kisah ini adalah berita yang benar. Ia penuh dengan pengajaran
dan peringatan bagi orang-orang yang beriman. (Rujukan tafsir: At-
Tabari, Al-Qurtubi, Ibn Kathir dll.)
Antara Petunjuk Ayat
1. Kita perlu menghayati kisah-kisah Para Rasul yang dinyatakan di
dalam Al-Quran untuk menguatkan keimanan kita.
2. Kisah-kisah Para Rasul adalah kisah yang benar-benar berlaku. Bukan
kisah rekaan atau kisah dongeng.
3. Kita perlu mengambil pengajaran dan peringatan dari kisah-kisah
Para Rasul serta menjadikan mereka sebagai ikutan.
Kaedah Beramal
1. Hendaklah kita menghayati kisah-kisah Para Rasul yang dinyatakan
di dalam Al-Quran untuk menguatkan keimanan kita.
2. Hendaklah kita menyampaikan kisah-kisah Para Rasul kepada
keluarga dan masyarakat kita.
3. Hendaklah kita mengambil pengajaran dan peringatan dari kisah-
kisah Para Rasul serta menjadikan mereka sebagai ikutan.
Ya Allah teguhkanlah keimanan dan hati kami,
jadikanlah kami orang yang mengambil pengajaran
dan peringatan dari kisah-kisah Para Rasul-Mu. Amin.