Page 257 - Surah Hud : Tafsir dan Huraian.
P. 257

248   Surah Hud : Tafsir dan Huraian





               Keterangan Ayat

                 1.  Allah SWT menjelaskan bahawa hanya Dia yang mengetahui rahsia
                   langit dan bumi. Dialah Tuhan yang mentadbir segala urusan.
                 2.  Oleh itu, Allah SWT memerintahkan Nabi Muhammad SAW supaya
                   beribadah dan bertawakal hanya kepada-Nya.
                 3. Allah SWT mengingatkan Baginda bahawa Tuhannya tidak sekali-
                   kali lalai akan apa yang mereka lakukan. (Rujukan tafsir: At-Tabari,
                   Al-Qurtubi, Ibn Kathir dll.)


               Antara Petunjuk Ayat

                 1.  Kita perlu ikhlas beribadah kepada Tuhan kita. Dialah Pencipta kita.
                   Dia mengetahui segala rahsia kita.

                 2. Kita perlu berusaha serta bertawakal menyerahkan diri kita kepada
                   Allah. Dialah yang mentadbir segala urusan kita.
                 3. Tuhan kita tidak sekali-kali lalai akan apa yang kita lakukan. Dia
                   mengetahui dan memerhati setiap perbuatan kita.


               Kaedah Beramal

                 1.  Hendaklah kita ikhlas di dalam beribadah kepada Tuhan kita. Jangan
                   beribadah dengan sambil lewa dan hati yang leka.
                 2. Hendaklah kita berusaha serta bertawakal menyerahkan diri kita
                   kepada Allah. Jangan sangka kita yang mentadbir segala urusan kita.
                 3.  Hendaklah kita ingat bahawa Tuhan kita tidak lalai akan apa yang kita
                   lakukan. Buatlah apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang.





                        Ya Allah bantulah kami untuk ikhlas di dalam
                     beribadah kepada-Mu, jadikanlah kami orang yang
                           menyerahkan diri kepada-Mu. Amin.
   252   253   254   255   256   257   258   259   260   261   262