Page 255 - Surah Hud : Tafsir dan Huraian.
P. 255
246 Surah Hud : Tafsir dan Huraian
Keterangan Ayat
1. Allah SWT memerintahkan Nabi Muhammad SAW supaya
menyampaikan amaran akibat yang buruk kepada orang-orang yang
tidak beriman.
2. Mereka dicabar supaya melakukan perbuatan ingkar dan apa sahaja
rancangan buruk mereka. Mereka akan menunggu balasannya.
3. Orang-orang yang beriman pula akan terus mengikut agama Allah
dan menunggu kemenangan dan kejayaan yang dijanjikan oleh Allah.
(Rujukan tafsir: At-Tabari, Al-Qurtubi, Ibn Kathir dll.)
Antara Petunjuk Ayat
1. Kita perlu menyampaikan kepada orang-orang yang tidak beriman
akibat yang akan menimpa mereka.
2. Kita perlu terus mengikut perintah Allah tanpa perlu bimbang dengan
apa yang dirancang oleh musuh.
3. Tugas kita adalah untuk bekerja dan patuh kepada perintah Allah.
Kemenangan dan kejayaan adalah urusan Allah.
Kaedah Beramal
1. Hendaklah kita menyampaikan kepada orang-orang yang tidak
beriman akibat yang akan menimpa mereka.
2. Hendaklah kita terus mengikut perintah Allah tanpa perlu bimbang
dengan apa yang dirancang oleh musuh.
3. Hendaklah kita bekerja dan patuh kepada perintah Allah. Serahkan
urusan kemenangan dan kejayaan kepada Allah.
Ya Allah bantulah kami untuk bekerja mengikut
perintah-Mu, kurniakanlah kepada kami kemenangan
dan kejayaan. Amin.