Page 241 - Surah Hud : Tafsir dan Huraian.
P. 241
232 Surah Hud : Tafsir dan Huraian
Ayat 115
Firman Allah SWT :
َ ۡ ُ ۡ َ ۡ َ ُ ُ َ َ ܅ ܅ َ ۡ ۡ َ
١١٥ ߡِڃِܵܫݙڍٱ ܱܧأ ݅ݤ ِ ܾݣ ݫ ܒٱ نܗ ߀ܺٱو
ِ
ِ
Ertinya: “Dan sabarlah (wahai Muhammad, engkau dan umatmu, dalam
mengerjakan suruhan Allah), kerana sesungguhnya Allah tidak akan
menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan”.
Keterangan Ayat
1. Allah SWT memerintahkan Nabi Muhammad SAW dan orang-orang
yang beriman supaya bersabar di dalam melaksanakan perintah.
2. Mereka diperintahkan supaya taat dan patuh kepada semua perintah
Allah serta bersabar menghadapi pelbagai ujian dan dugaan.
3. Allah SWT tidak akan mensia-siakan pahala orang-orang yang berbuat
kebaikan. Bahkan pahala orang yang bersabar akan digandakan tanpa
dihitung.
Rujukan tafsir: At-Tabari, Al-Qurtubi, Ibn Kathir dll.
Antara Petunjuk Ayat
1. Kita perlu bersabar di dalam melaksanakan perintah Allah. Bersabar
di dalam mematuhi suruhan dan larangan Allah.
2. Kita perlu bersabar di dalam menghadapi ujian dan dugaan. Tidak
berputus asa dari rahmat Allah.
3. Kita perlu terus bersabar di dalam melakukan kebaikan. Berusaha
untuk menjadi orang yang sentiasa melakukan kebaikan.