Page 233 - Surah Hud : Tafsir dan Huraian.
P. 233

224   Surah Hud : Tafsir dan Huraian




                                        Ayat 111

              Firman Allah SWT :
                                                                   ٗ
                                                          ّ َ
                                          َ
                 ٞ  َ َ   ُ  َ ۡ َ َ  ُ ܅  ۡ ُ َ ۡ  َ  َ ܆ َ ۡ ُ ܅ َ َ ُ ܅  ܅ ّ ُ ܅
                                           ٰ
              ١١١ ߄ܞܭ نݠݖݙٰ݇ ܛݙܝ ۥݝݛِإ ۚݗݟݖۉ݆أ ݑډر ݗݟݜݤِٳݠْ ܛݙڍ ه نܳ
                                 ِ
                   ِ
              Ertinya: “Dan sesungguhnya tiap-tiap seorang akan disempurnakan oleh
              Tuhanmu balasan amal mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam
              pengetahuan-Nya tentang apa yang mereka kerjakan”.



               Keterangan Ayat

                 1.  Allah SWT memberikan peringatan kepada orang yang menolak dan
                   menentang Kitab Allah bahawa mereka akan menerima balasannya.
                 2. Mereka akan mendapat balasan azab yang sempurna dari Tuhan
                   mereka sebagai balasan di atas perbuatan mereka semasa di dunia.
                 3.  Allah Maha Mengetahui segala apa yang telah mereka lakukan.  Tiada
                   apa yang dapat mereka sembunyikan.
                     Rujukan tafsir: At-Tabari, Al-Qurtubi, Ibn Kathir dll.


               Antara Petunjuk Ayat

                 1. Setiap orang yang menolak dan menentang Kitab Allah akan
                   menerima balasannya pada hari kiamat.
                 2. Setiap orang akan mendapat balasan yang sempurna dari Tuhan
                   mereka sebagai balasan di atas perbuatan mereka.
                 3. Tiada apa yang dapat kita sembunyikan dari Tuhan kita.  Dialah
                   Tuhan Yang Maha Mengetahui segala apa yang kita lakukan.
   228   229   230   231   232   233   234   235   236   237   238