Page 215 - Surah Hud : Tafsir dan Huraian.
P. 215
206 Surah Hud : Tafsir dan Huraian
Keterangan Ayat
1. Allah SWT menjelaskan bahawa kebinasaan kaum-kaum yang telah
dinyatakan itu adalah bukan kerana mereka dizalimi oleh Allah.
2. Mereka yang telah menzalimi diri mereka sendiri. Mereka yang
ingkar dan kufur kepada Tuhan mereka. Mereka yang menempah
azab binasa.
3. Berhala-berhala yang mereka sembah selain dari Allah tidak dapat
membantu mereka ketika datangnya azab. Malah ia hanya menambah
kerugian mereka. (Rujukan tafsir: At-Tabari, Al-Qurtubi, Ibn Kathir
dll.)
Antara Petunjuk Ayat
1. Tiada siapa yang dizalimi oleh Allah. Allah tidak menzalimi hamba-
hamba-Nya. Dia adalah Pencipta dan Tuhan Yang Maha Adil.
2. Orang yang kufur kepada Allah adalah orang yang zalim. Mereka
adalah orang yang menzalimi diri mereka sendiri.
3. Berhala-berhala yang disembah tidak akan dapat membantu manusia.
Malah ia hanya membawa celaka dan bencana.
Kaedah Beramal
1. Hendaklah kita beriman dan yakin kepada keadilan Allah. Jangan
kita sangka Allah akan menzalimi hamba-hamba-Nya.
2. Hendaklah kita tidak menjadi orang yang kufur kepada Allah. Jangan
jadi orang yang menzalimi diri mereka sendiri.
3. Hendaklah kita tidak menyembah berhala. Jangan harapkan bantuan
dari berhala. Jangan jadi orang yang bertambah rugi.
Ya Allah jadikanlah kami orang yang beriman kepada-
Mu, jauhkanlah kami dari sifat orang kufur dan zalim.
Amin.