Page 65 - BUKU TEKS REKACIPTA TINGKATAN 4 KSSM
P. 65
Pemilihan Reka Bentuk Produk
SUBTOPIK Kepentingan Pemilihan Reka Bentuk
Dalam proses mereka cipta, seseorang pereka itu kebiasaannya akan menghasilkan
lebih daripada satu idea bagi membolehkan pengguna membuat pilihan yang terbaik
dan memenuhi cita rasa pengguna. Pihak pengguna tidak terikat dengan satu pilihan
reka bentuk. Idea-idea yang dihasilkan oleh pereka memberi pengguna pilihan sekiranya
terdapat kekangan dari segi kos, teknik pembuatan, kebolehdapatan bahan atau sifat
fizikal bahan.
Pereka bentuk perlu peka kepada evolusi dan perkembangan semasa sesuatu
produk untuk melihat hala tuju atau pembaharuan. Hal ini sangat penting terutamanya
dalam mereka bentuk produk yang telah lama berada di pasaran dan mengalami
persaingan daripada produk lain. Contohnya telefon, pembersih vakum, kipas dan
lain-lain lagi.
SUBTOPIK Faktor-faktor Pemilihan Reka Bentuk
Proses pemilihan reka bentuk adalah bergantung kepada beberapa faktor yang perlu
dipertimbangkan. Faktor-faktor pemilihan reka bentuk adalah seperti yang berikut:
FAKTOR PEMILIHAN REKA BENTUK DALAM REKA CIPTA
Rupa
bentuk Fungsi
Teknik
pembuatan
Bahan Ergonomik
Faktor-faktor
Nilai Kos
estetik Pemilihan
Reka Bentuk
Mesra
pengguna Keselamatan
Kemasan
Nilai Kelestarian
komersial
56 3.1
3.1.1
3.1.2