Page 66 - BUKU TEKS REKACIPTA TINGKATAN 4 KSSM
P. 66
Jadual Faktor-faktor Pemilihan Reka Bentuk Produk
Faktor Pemilihan
Reka Bentuk Kriteria
Mampu menyelesaikan masalah, berkecekapan tinggi dan berfungsi
Fungsi
secara manual, semi automatik atau automatik.
Rekaan yang dihasilkan perlu mempunyai rupa bentuk yang bersesuaian
Rupa bentuk
dengan fungsi dan pengguna sasaran.
Bahan mudah diperoleh, mudah dibentuk, mudah dikendalikan, tidak
Bahan
mudah reput, tidak mudah pecah dan mempunyai ketahanan fizikal.
Mudah dihasilkan mengikut fungsi, rupa bentuk, bahan-bahan atau kos
Teknik pembuatan
yang menjimatkan.
Alatan, kemudahan, proses dan sistem yang selesa serta serasi
Ergonomik
dengan manusia.
Kos Kos pembuatan dan penyelenggaraan yang menjimatkan dan efektif.
Reka bentuk terkini, menepati cita rasa pasaran semasa, menarik
Nilai estetik perhatian dan mempengaruhi pengguna, mempunyai pelbagai pilihan
warna dan bentuk.
Sesuai dengan semua peringkat umur, mudah digunakan, mudah
Mesra pengguna
dikendalikan dan diselenggarakan oleh orang yang tidak mahir.
Menjamin keselamatan, tidak mendatangkan kecederaan, stabil, tidak
Keselamatan mudah terbalik. Reka bentuk tidak membahayakan pengguna seperti
tidak mempunyai bucu yang tajam dan mata pemotong terlindung.
Harga yang berpatutan dan berkualiti, mendapat permintaan dan
Nilai komersial menjadi pilihan pengguna, menjimatkan dan ekonomi, mampu dibeli dan
sesuai untuk pengeluaran besar-besaran (mass production).
Kemasan Hiasan terakhir permukaan yang bersesuaian, kemas dan menarik. FAKTOR PEMILIHAN REKA BENTUK DALAM REKA CIPTA
Reka bentuk dan bahan yang kekal tidak berubah, tidak ketinggalan
Kelestarian
zaman dan sesuai dengan peredaran zaman.
1. Nyatakan faktor-faktor pemilihan reka bentuk pada produk yang dipilih.
57
3.1
3.1.2