Page 67 - BUKU TEKS REKACIPTA TINGKATAN 4 KSSM
P. 67
SUBTOPIK Analisis Reka Bentuk
Analisis reka bentuk perlu dilakukan bagi mendapatkan rekaan yang
terbaik dengan mempertimbangkan semua faktor yang ada. Analisis
reka bentuk bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor pemilihan
yang perlu dilakukan oleh pereka bentuk. Berdasarkan analisis reka
bentuk produk, setiap permasalahan perlu dikenal pasti.
Proses analisis reka bentuk boleh dilakukan dengan kaedah
perbincangan dan sumbang saran dan seterusnya maklumat yang
diperoleh direkodkan dalam bentuk jadual.
Bagi memudahkan proses menganalisis reka bentuk produk, satu
jadual atau carta boleh dihasilkan bagi membolehkan proses analisis
dilihat secara menyeluruh.
Gambar di bawah ialah contoh dua jenis produk yang sama, tetapi mempunyai faktor-faktor
pemilihan reka bentuk yang berbeza.
Contoh Produk 1: Skuter Elektrik
FAKTOR PEMILIHAN REKA BENTUK DALAM REKA CIPTA
Produk A Produk B
Produk A Produk B
Kuasa 350 W 2000 W
Berat 13 kg 50 kg
Beban maksimum 100 kg 150 kg
Kelajuan maksimum 12 km/j 50 km/j
Warna Kuning, hitam Merah, hitam, kelabu
Tinggi pemegang 85 cm tidak boleh laras 70-120 cm boleh laras
58
3.1
3.1.1