Page 91 - BUKU TEKS REKACIPTA TINGKATAN 4 KSSM
P. 91
SUBTOPIK Persembahan Data atau Maklumat SUBTOPIK
Segala data atau maklumat yang telah diperoleh hendaklah dipersembahkan dengan
jelas. Persembahan data atau maklumat boleh ditulis dalam bentuk jadual, senarai,
carta dan graf.
Contoh:
Soal selidik telah dilakukan ke atas 50 pengguna di sekitar pasar raya di Putrajaya. Kajian
ini dijalankan bagi mengumpul data tentang masalah pengguna untuk memindahkan
barang-barang yang dibeli dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Soal selidik ini
diedarkan kepada responden dan dikutip semula seminggu kemudian.
Hasil kaji selidik yang dilakukan dapat diringkaskan seperti jadual di bawah:
Jadual Peratus Permasalahan dalam Pemindahan Barang
YA TIDAK
No. Masalah yang dihadapi Jumlah
Bilangan Peratus Bilangan Peratus
1. Menghadapi masalah 42 84 8 16 50
2. Mengambil masa yang lama 34 81 8 19 42
3. Mengalami kesakitan atau kecederaan 37 88 5 12 42
Peratus
Responden Permasalahan dalam Pemindahan Barang Petunjuk:
PENGENALPASTIAN MASALAH 80 84 81 88 Ya
100
90
Tidak
70
60
50
40
30
20 19
16
12
10
0 Masalah
Menghadapi masalah Mengambil masa Mengalami kesakitan
yang lama atau kecederaan
82
4.2
4.2.3