Page 87 - BUKU TEKS REKACIPTA TINGKATAN 4 KSSM
P. 87

Contoh

                                     Tema: Pemindahan

                                     Tajuk:  Masalah Pemindahan Barang




                    (a) Penyataan Masalah
                    Pemindahan merupakan perbuatan mengalihkan sesuatu objek dari satu tempat ke satu
                    tempat yang lain.  Aktiviti pemindahan dilakukan sama ada di rumah, di luar rumah
                    mahupun di mana-mana sahaja dalam kehidupan harian.
                         Dalam kajian ini, daripada pemerhatian dan pengalaman sendiri didapati bahawa
                    masalah yang sering dihadapi oleh pengguna untuk  mengalihkan  barang-barang  yang
                    telah dibeli dari satu tempat ke tempat yang dituju. Hal ini kerana pengguna perlu
                    mengalihkan kuantiti barang yang banyak dan berat semasa proses pemindahan itu. Jarak
                    kenderaan yang jauh dari tempat tujuan akan mengambil masa yang lama untuk dialihkan.
                    Di samping itu, mengangkat barang yang berat dan banyak ini boleh menyebabkan tangan
                    lenguh atau sakit belakang. Kadangkala barang-barang yang diangkat boleh jatuh dan
                    rosak sebelum sampai ke tempat yang dituju. Keadaan ini bukan sahaja membahayakan
                    bahkan boleh mendatangkan kerugian kepada pengguna.








           PENGENALPASTIAN MASALAH



























                                             Pengguna Mengangkat Barang


            78
                                                                                                   4.2
                                                                                                  4.2.1
   82   83   84   85   86   87   88   89   90   91   92