Page 84 - BUKU TEKS REKACIPTA TINGKATAN 4 KSSM
P. 84

iv.  Temu Bual

                    Temu bual ialah interaksi atau perbualan yang berlaku dengan tujuan untuk mendapatkan
                    maklumat.  Kaedah  temu  bual  melibatkan  interaksi  bersemuka  antara  penemu  bual  dan
                    responden yang memberi ruang kepada responden untuk mengemukakan pendapatnya sendiri.




                                                                   Membuat  temu  janji  dengan
                            Mengenal pasti responden               menetapkan tarikh, masa, dan
                            yang hendak ditemu bual                lokasi agar tidak mengganggu
                                                                        tugasan responden






                                                                        Mengenal pasti dan
                              Merekod butir temu bual                  menyediakan terlebih
                              secara rakaman suara atau               dahulu set soalan yang
                            video mahupun secara bertulis          bersesuaian untuk ditanyakan
                                                                        kepada responden



                                           Langkah Kerja Kaedah Kajian Temu Bual




                    v.   Pengalaman Sendiri atau Orang Lain

                    Maklumat dan data bagi kajian ini juga diperoleh daripada hasil pengalaman sendiri. Sebagai
                    contoh, pengalaman diri sendiri dalam penggunaan sesuatu produk. Maklumat-maklumat
                    penting perlu dicatatkan seperti tarikh, masa, lokasi, situasi, dan pendapat mengenai produk
                    tersebut dari segi kelebihan dan kekurangan. Namun, harus diingat pengalaman sendiri tidak
                    semestinya sama dengan orang lain. Oleh itu, perbandingan juga boleh dibuat bagi mendapatkan   PENGENALPASTIAN MASALAH
                    maklumat yang lebih jitu.









                  1.   Pilih salah satu kaedah kajian. Jalankan aktiviti secara individu atau berkumpulan. Kajian
                       perlu dilakukan mengikut tatacara yang telah dipelajari.







                                                                                                           75
                    4.1
                    4.1.1
   79   80   81   82   83   84   85   86   87   88   89