Page 88 - BUKU TEKS REKACIPTA TINGKATAN 4 KSSM
P. 88

(b) Definisi Operasional
                     Pemindahan merupakan aktiviti untuk mengalihkan objek dari satu tempat ke satu
                     tempat yang lain.




                      (c)  Persoalan Kajian
                      Berdasarkan kajian ini, persoalannya adalah seperti yang berikut:
                      i.  Adakah pemindahan barang yang banyak ini mengambil masa yang lama?
                      ii.  Adakah pemindahan barang yang banyak akan menyebabkan kecederaan seperti
                         sakit pinggang atau lenguh pada tangan?
                      iii.  Adakah keselamatan barang yang diangkat terjamin daripada sebarang kemalangan
                         atau kerosakan?





                     (d) Objektif Kajian
                     Berdasarkan kajian ini, diharapkan dapat:
                     i.  Menyelesaikan masalah pemindahan barang dari kenderaan ke tempat yang dituju.
                     ii.  Mengurangkan risiko kecederaan atau kemalangan yang boleh diakibatkan daripada
                        mengangkat barang yang banyak.




                     (e) Kepentingan Kajian
                     Kepentingan kajian ini adalah untuk membantu pengguna untuk memindahkan barangan
                     yang telah dibeli dari satu tempat ke satu tempat yang lain.                             PENGENALPASTIAN MASALAH




                      (f)  Batasan Kajian
                      Kajian ini akan dijalankan bagi mengangkat barang-barang runcit atau kegunaan
                      harian rumah sahaja.













                                                                                                           79
                    4.2
                   4.2.1
   83   84   85   86   87   88   89   90   91   92   93