Page 2 - BIDIK
P. 2

Jenama Kamera: CANON EOS 550D

                                                                                       Shutter Speed: 1/8 sec

                                                                                          Aperture: f/4

                                                                                              ISO: 200

                                                                                     Petronella binti Ed Haroldson






















    Kaamatan Wadah Perpaduan Budaya Bangsa, manifestasi kukuhnya kekuatan perpaduan dan keharmonian
    masyarakat Sabah. Bertepatan dengan tema Kaamatan tahun ini, dapat dilihat dengan jelas bahawa kekuatan
    perpaduan masyarakat di Sabah sentiasa utuh walaupun masyarakatnya mempunyai kepelbagaian budaya adat resam
    dan kepercayaan yang berbeza. Kaamatan, perayaan tahunan yang diraihkan setiap bulan Mei menyajikan pelbagai
    aktiviti menarik hingga kepada aktiviti kemuncakkya iaitu pertandingan Unduk Ngadau.

    Unduk Ngadau secara literalnya bermaksud ‘tunas matahari’. Ia merupakan satu manifestasi tersirat kepada pucuk
    muda yang bercambah dan menjulur ke arah sianr matahari. Ia membawa simbolik tentang kecantikan, kekuatan dan
    kemurnian. Berbeza dengan pertandingan ratu cantik yang lain kerana pertandingan Unduk Ngadau merupakan
    pencarian seorang gadis yang bukan saja dinilai dari kecantikan luaran malah juga kecantikan dalaman iaitu nilai-nilai
    murni serta mempunyai kepribadian yang tinggi yang mempunyai ciri-ciri kepribadian Huminodun, seorang gadis
    lagenda masyarakat KadazanDusun yang rela berkorban demi menyelamatkan penduduk disekitarnya daripada mati
    kebuluran.

    Peserta Unduk Ngadau kebiasaannya memakai pakaian tradisi serta dihiasi dengan aneka aksesori bagi menambah
    seri penampilan.
   1   2   3   4   5   6   7