Page 6 - BIDIK
P. 6
Kepelbagaian budaya masyarakat Sabah bukan hanya dapat dilihat dari sudut
acara perayaan tradisi, malah ianya juga dapat dilihat melalui perspektif seni
bina. Walaupun Sabah kaya dengan masyarakat berbilang kaum namun
kebanyakan hasil bina tradisional memaparkan konsep yang hampir sama. Ini
memperlihatkan bahawa masyarakat Sabah mampu mengeratkan perpaduan
melalui gabungan seni ukir dan seni bina.
Rumah Kiulu ini adalah simbolik rumah besar (yang didiami generasi pertama)
yang menjadi pusat Moginakan oleh seluruh keluarga sehingga generasi ke-7.
Asas binaan daripada kayu keras, dinding diperbuat daripada bambu junis Tulu
dan atap diperbuat daripada daun rumbia atau dikenali sebagai Serutan.
Terdapat banyak pantang larang yang perlu dipatuhi ketika proses penyiapan
rumah atau Sinurambi (rumah besar yang dikelilinginya dibina sub-sub rumah),
namun yang paling penting adalah ketika mengambil pokok bambu iaitu mesti
diambil dari diluar daripada hati yang dinamakan Kigiuk (23-28hb)