Page 12 - SLDN_INDUSTR
P. 12

SISTEM PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA





               Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia adalah polisi, mekanisme, standard dan tatacara yang terlibat
               dalam penganugerahan suatu Sijil oleh Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran.



                           DIPLOMA LANJUTAN KEMAHIRAN MALAYSIA (DLKM)
                            Pekerja berkenaan terampil menggunakan pelbagai prinsip asas dan teknik yang kompleks, di dalam
                            skop yang luas serta selalu tidak dijangka. Mempunyai tanggungjawab dan autonomi diri yang sangat
                            tinggi, serta bertanggungjawab terhadap kerja orang lain dan agihan sumber-sumber. Bertanggungjawab
                            juga terhadap analisis, diagnosis, reka bentuk, perancangan, pengendalian dan penilaian.
                           DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA (DKM)
                            Pekerja berkenaan terampil melakukan pelbagai aktiviti kerja teknikal dan profesional yang luas skop dan
                            konteksnya. Mempunyai tanggungjawab dan autonomi diri yang tinggi, di samping bertanggungjawab
                            terhadap kerja orang lain dan agihan sumber-sumber.

                           SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM)
                            Pekerja berkenaan terampil melakukan pelbagai aktiviti kerja di dalam pelbagai konteks, kebanyakannya
                            adalah kompleks dan tidak lazim dilakukan. Mempunyai tanggungjawab dan autonomi diri yang tinggi,
                            di samping mengawal dan memberi panduan kepada yang lain.
                           SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM)
                            Pekerja berkenaan terampil melakukan pelbagai aktiviti kerja di dalam pelbagai konteks, sebahagiannya
                            adalah tidak lazim dilakukan serta memerlukan tanggungjawab dan autonomi diri.

                           SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM)
                            Pekerja berkenaan  terampil  melakukan pelbagai  aktiviti kerja, sebahagian  besarnya adalah  lazim
                            dilakukan dan boleh dijangka.



              KAEDAH                                            FAEDAH
              PERSIJILAN                                        PERSIJILAN
             Persijilan Kemahiran Malaysia boleh diperolehi      Diiktiraf oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
             melalui tiga (3) kaedah berikut:                    untuk kemasukan ke perkhidmatan awam bagi
               Sistem Latihan Pusat Bertauliah (SLaPB)           skim perkhidmatan tertentu
               Persijilan melalui latihan dan penilaian di  Pusat   Diiktiraf oleh industri di Malaysia
               Bertauliah                                        Menyediakan laluan kerjaya setanding dengan
               Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT)          laluan kerjaya berasaskan kelayakan akademik
               Persijilan  melalui  pengiktirafan  kemahiran  yang   Berupaya melahirkan pekerja mahir yang
               diperolehi melalui pengalaman kerja atau latihan   terlatih dan berkelayakan untuk mempertingkatkan
               terdahulu                                         daya saing industri tempatan di pasaran dunia
               Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN)               Membantu Malaysia menjadi negara maju dengan
               Persijilan melalui gabungan latihan dalam dua situasi   mempunyai pekerja mahir yang terlatih
               pembelajaran, iaitu di industri yang merangkumi 70%
               hingga 80% latihan amali dan di pusat latihan yang
               meliputi 20% hingga 30% latihan teori


            10
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17