Page 9 - SLDN_INDUSTR
P. 9

Prakata


                                       Sistem  Latihan  Dual  Nasional  (SLDN)  telah  berjaya  dalam  usaha
                                       memperkasakan  Technical  and  Vocational  Education  and  Training
                                       (TVET) melalui kerjasama strategik  Public-Private  Partnership
                                       antara  institusi  kemahiran dan  industri bagi  membentuk  sinergi
                                       pembangunan tenaga kerja berkemahiran. Ia secara tidak langsung
                                       mewujudkan  proses  technology  transfer di mana  industri boleh
                                       menyumbang kepakaran dan peralatan dalam melatih tenaga kerja
                                       mahir bagi bidang-bidang kritikal.

                                       Buku ini yang berjudul “SLDN: SEBUAH RETROSPEKTIF KEJAYAAN”
                                       diterbitkan  sebagai  sebuah  manifesto kejayaan  yang  telah  dicapai
                                       oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) sepanjang pelaksanaan
                                       SLDN.  Setiap halaman  buku  ini memaparkan  kisah-kisah  kejayaan
                                       pelbagai  Agensi Kerajaan, Syarikat Berkaitan  Kerajaan  (GLC),
                                       Konglomerat Antarabangsa (MNC), Perusahaan Kecil dan Sederhana
                                       (SME/SMI),  Institusi  Latihan  Kemahiran  Awam  dan  Swasta  serta
                                       Pekerja Berpengetahuan  (k-Pekerja). Ia  sekaligus membuktikan
                                       komitmen mereka dalam melaksanakan  SLDN  sejajar dengan
                                       keperluan serta perkembangan teknologi dan ekonomi negara.

                                       Penerbitan  buku  ini  yang  menggunakan  konsep  infografik  dan
                                       bergambar (photobook)  mampu memberi paparan  yang  mudah
                                       difahami  dan menarik.  Ia  juga  mengetengahkan  elemen Industrial
                                       Revolution 4.0 (IR4.0) di mana para pembaca boleh mengimbas kod
                                       QR  yang  tertera  pada  setiap  halaman  untuk  melihat  e-buku,  video
                                       dan gambar. Buku ini diharapkan dapat memberi pendedahan kepada
                                       masyarakat  terhadap  penjenamaan  SLDN  sekaligus meneruskan
                                       legasi kecemerlangannya pada masa akan datang.


                                       Mengarusperdana Latihan Kemahiran

                                       Ts. Haji Zaihan Bin Shukri
                                       Ketua Pengarah
                                       Jabatan Pembangunan Kemahiran
                                       Kementerian Sumber Manusia






                                                                                                        7 7
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14