Page 25 - SLDN_INDUSTR
P. 25

1                                                                                         2

             1 & 2  Proses melebur bahan logam dan
                 menggilap barangan perhiasan
                 memerlukan tahap kemahiran yang
                 tinggi disamping bakat ketukangan
                 bagi menghasilkan produk yang
                 berkualiti
                                                         3

            D’or Rue Sdn. Bhd. telah mula bertapak dalam
            industri kraftangan barangan kemas dan logam sejak
            26 tahun yang lalu. Pada tahun 2014, syarikat ini mula   4
            melaksanakan kursus Sijil Kemahiran Malaysia Tahap
            3 dalam bidang Pembuatan Barangan Kemas dan
            Logam bagi mengembangkan lagi bakat ketukangan
            perantis sekaligus melahirkan lebih ramai lagi tenaga
            mahir dalam industri ini.

            Puan Hajah Hanizah Binti Zainuddin mengakui
            bahawa terdapat perubahan ketara dari segi
            kemahiran  kerana   perantis  didapati  berjaya
            mengasah  kemahiran  mereka  dalam  proses
            pembuatan barangan kemas dan logam ini dalam
            masa yang singkat.

            Bagi beliau, hal ini menunjukkan impak kejayaan
            yang diperolehi daripada SLDN kerana pekerjanya
            sebelum ini mengambil tempoh yang agak panjang
            untuk memahirkan diri. Hal ini secara tidak langsung
            memberi manfaat kepada syarikat dan para perantis.


             3, 4 & 5  Antara koleksi barangan kemas dan perhiasan rekaan
                   D'or Rue tersedia untuk pasaran hasil daripada kerja
                   tangan perantis yang terlatih            5

                                                                                                       23
   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30