Page 29 - SLDN_INDUSTR
P. 29

1                                            2
             1 & 2  Perantis berpeluang melaksanakan tugas sebenar sebagai
                 chef ketika menjalani SLDN

            Puan Banun Samuel, yang telah berkhidmat di
            Penview Hotel selama 12 tahun dan mula didedahkan
            dengan SLDN pada 2013, berasa sangat berpuas hati
            kerana SLDN sememangnya telah berjaya melahirkan
            ramai pekerja yang berkemahiran tinggi seterusnya
            meningkatkan prestasi Penview Hotel di mata pelanggan.

            Beliau berpendapat program ini dapat meningkatkan lagi   3
            daya saing syarikat di mana majikan dibekalkan dengan
            pekerja mahir yang relevan dan mencukupi. Di samping
            itu, SLDN dapat menjimatkan kos dan masa bagi melatih
            pekerja baru.

            Dengan sokongan daripada pihak Jabatan Pembangunan
            Kemahiran (JPK), industri perhotelan kini akan lebih
            berkembang jauh apabila dibekalkan pekerja kompeten
            dan berdedikasi yang dapat menarik lebih ramai
            pelancong untuk berkunjung ke negara kita.          4

                                                               3 & 4  Coach  sedang  memberi  tunjuk ajar kepada perantis
                                                                    berkenaan penetapan finishing touch


                                              Saya amat menitikberatkan disiplin kepada para perantis dan menjadi amanah untuk
                                              melahirkan seorang chef yang berdisiplin, menepati masa, berdedikasi, amanah
                                              terhadap tugasan dan tanggungjawab yang diberikan seterusnya menjurus untuk
                                              menjadi seorang chef yang berkaliber. Saya juga berpendapat bahawa SLDN amat
                                              bagus kerana ia berjaya memberi peluang kepada remaja untuk memiliki kemahiran
                                              dalam bidang kulinari.


                                                                                          Sila
                                              CHEF ROSSI ALAN                             imbas
                                              COACH SLDN                                  untuk
                                                                                          video  

                                                                                                       27
   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34