Page 31 - SLDN_INDUSTR
P. 31
Pintu gerbang memerima tetamu yang datang berkunjung dengan
bangga sambil disambut mesra oleh kakitangan yang kesemuanya
terlibat dalam melaksanakan SLDN 1
Kampung Budaya Sarawak dengan pengalaman lebih dari 30 tahun bermatlamat untuk mewujudkan satu pusat
tarikan kebudayaan yang dinamik di rantau Asia. Ia berkonsepkan “The Living Museum” yang menghimpunkan
pelbagai etnik suku kaum Sarawak sebagai tarikan utama pelancongan dalam dan luar negara.
Kampung Budaya Sarawak seterusnya bekerjasama dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) untuk
melaksanakan kursus Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dan 3 dalam sektor Persembahan Tradisional dan
Kebudayaan melalui kaedah SLDN. Sehingga kini, seramai lebih 800 orang graduan telah berjaya dihasilkan
sekaligus melahirkan lebih ramai belia yang berkemahiran tinggi dalam bidang seni dan budaya. Kursus ini
terbuka kepada semua yang berusia 16 tahun ke atas
malahan lepasan bangku sekolah juga boleh menyertai
kursus ini tanpa apa-apa syarat kemahiran. Setelah
beberapa bulan mengikuti latihan, bakat mereka
berjaya diasah di samping tahap keyakinan diri juga
dipertingkatkan.
Menurut Puan Jane Lian Labang, SLDN wajar diteruskan
dan diperluaskan lagi kerana ia dapat membimbing belia
untuk mengasah kemahiran di peringkat usia muda.
Hal ini penting bagi membentuk masyarakat yang lebih 2
menghargai bidang seni dan budaya Negara. 1 & 2 Persembahan teater tradisi budaya Negeri Sarawak di
Dewan Auditorium oleh perantis SLDN
SLDN amat berguna kerana ia banyak membantu perantis yang kebanyakannya
bermula "kosong" dari segi kemahiran sehinggalah mereka berjaya menjadi insan
seni. Kesemua latihan yang diberikan banyak tertumpu pada disiplin diri, konsentrasi,
kelembutan badan, ekspresi muka dan penghayatan seni. Kebanyakan perantis
berasal dari kumpulan yang kurang berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke kolej
atau universiti dengan kata lain golongan pelajar tercicir. Saya juga dapat melihat
bahawa SLDN banyak membantu mereka untuk menjadi lebih berkeyakinan pada
diri sendiri.
Sila
imbas
HAMIDAH BINTI MOHAMAD untuk
COACH SLDN video
29