Page 27 - SLDN_INDUSTR
P. 27

2

             1
             1 & 2  Perantis berpeluang mengasah bakat seni bersama selebriti
                  ternama di FR Music & Academy
             3 & 4 Coach SLDN memberi tunjuk ajar berkaitan teknik gesekan biola
                  dan lontaran vokal


            Atas kesedaran untuk melahirkan lebih ramai pemuzik tanah
            air, FR Fenomena Enterprise yang mula bertapak dalam
            industri muzik pada 2013 telah bekerjasama dengan Jabatan
            Pembangunan Kemahiran (JPK) untuk melatih perantis yang   3
            mempunyai minat dalam industri ini. Syarikat ini menawarkan
            kursus Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 & 3 dalam bidang
            Persembahan Ritma Berkumpulan, Persembahan Instrumen
            Bertali dan Nyanyian.

            Matlamat utama Encik Mohd Faizul Bin Abd Samat adalah
            untuk melahirkan lebih ramai belia yang berkemahiran tinggi
            dan diiktiraf  oleh Kerajaan Malaysia  dalam bidang muzik.
            Justeru, SLDN boleh dianggap sebagai satu platform untuk
            perantis meningkatkan kemahiran mereka ke tahap yang    4
            lebih tinggi setelah mereka tamat mengikuti mana-mana
            kursus yang dipilih.
                                            FR Fenomena Enterprise telah berjaya melahirkan lebih daripada 200
                                            orang graduan. Kesemua mereka telah berjaya menjadi pemuzik
                                            profesional, penyanyi dan penggubah lagu. Lagu-lagu ciptaan mereka
                                            telah diterima dan dipertandingkan sehingga ke peringkat antarabangsa.



                                              Perantis SLDN adalah bertuah kerana tidak semua berjaya menghasilkan rakaman
                                              sendiri mahupun menyambung pengajian ke tahap lebih tinggi setelah tamat
                                              menjalani latihan. Justeru, rebutlah peluang ini agar bakat anda diiktiraf di luar sana
                                              sehingga menjadi profesional dalam bidang muzik.

                                                                                          Sila
                                                                                          imbas
                                              ATIYAH BINTI ISMAIL                         untuk
                                              COACH SLDN                                  video  

                                                                                                       25
   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32