Page 15 - POTRET KEJAYAAN ebook
P. 15
Assalamu’alaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
abatan Pembangunan Kemahiran memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan tenaga kerja
J negara berkemahiran tinggi selaras dengan pelaksanaan program transformasi ekonomi negara diunjurkan akan
mewujudkan sebanyak 1.5 juta peluang pekerjaan baharu menjelang tahun 2020.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 60 peratus daripadanya memerlukan kemahiran berkaitan Technical Vocational
Education and Training (TVET) dan ini menjadikan latihan kemahiran sebagai platform penting bagi meningkatkan tenaga
kerja mahir.
Cabaran di depan kita bukan hanya untuk mencapai sasaran sahaja tetapi menurut maklum balas daripada pihak
industri, wujud jurang antara pengetahuan, kemahiran dan sikap graduan TVET berbanding dengan keperluan di tempat
kerja. Oleh yang demikian, kaedah persijilan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang diadaptasi daripada model TVET
di negara Jerman yang mana 70 peratus kandungan latihan dan berorientasikan perantisan diwujudkan bagi bertujuan
menggalakkan penglibatan sektor swasta dalam program berkonsepkan apprenticeship ini.
SLDN yang diadaptasi dari Model German Dual Vocational Training (GDVT) sejak dilancarkan pada 2005 merupakan
satu platform menjana tenaga mahir negara dengan gabungan latihan di Syarikat (praktikal) dan di Pusat Latihan
(teori). Program ini telah berjaya dalam usaha memperkukuh dan memperhebatkan lagi kerjasama strategik Public-
Private Partnership atau antara institusi-institusi TVET serta pihak industri, bagi membentuk sinergi terutamanya dalam
membangunkan tenaga kerja berkemahiran. Secara tidak
langsung mewujudkan technology transfer di mana industri
boleh menyumbang kepakaran atau mesin dan peralatan,
dalam melatih tenaga kerja mahir dalam bidang-bidang
tertentu yang amat diperlukan oleh pasaran industri.
Contoh terbaik yang boleh kita saksikan melalui kejayaan
SLDN di CTRM Aero Composites bagi bidang aero & non-
aero composites; PROTON bagi bidang automotif; UMW, ASSB
Toyota, B.Braun, MGCC dan Silterra bagi bidang pembuatan;
KTMB, RapidRail dan Jabatan Keretapi Negeri Sabah bagi
bidang rel dan lokomotif; Kampung Budaya Sarawak dan
Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara bagi bidang Seni
Budaya; dan McDonald’s Malaysia bagi bidang Fast Food
Operation.
Akhir kata, semoga program Sistem Latihan Dual Nasional
akan lebih berjaya dan dilihat sebagai pilihan utama
kepada belia dan graduan disemua peringkat umur untuk
melanjutkan pelajaran dalam bidang latihan kemahiran dan
Jabatan Pembangunan Kemahiran dapat terus memainkan
peranan aktif untuk kesejahteraan rakyat amnya.
Sekian, selamat membaca.
POTRET KEJAYAAN
SISTEM LATIHAN DUAL NASIONAL 3 3