Page 16 - POTRET KEJAYAAN ebook
P. 16

Petikan KATA    Ketua EDITOR



               Assalamu’alaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

      S                  ebagai pengenalan, buku ini dinamakan “Potret Kejayaan Sistem Latihan Dual Nasional” dengan gagasan ia


                         sebagai  manifesto  kejayaan  demi  kejayaan  yang  telah  dicapai oleh  Jabatan  Pembangunan  Kemahiran (JPK)
                         dan Bahagian Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) khususnya dalam menyumbang jumlah tenaga mahir negara
                         sepanjang lebih sepuluh tahun penubuhan SLDN.

                Setiap halaman dan maklumat dalam buku ini bertujuan untuk menerangkan secara ringkas tentang Sistem Persijilan
                Kemahiran Malaysia dan SLDN itu sendiri sehingga Mac 2018.

                Disamping itu, buku ini memaparkan kisah - kisah suka duka pelbagai pihak termasuk Agensi - Agensi Kerajaan, Syarikat -
                Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Konglomerat-Konglomerat Antarabangsa (MNC) dan tidak lupa juga Perusahaan Kecil
                dan Sederhana (SME / SMI) dalam komitmen mereka melaksanakan latihan kemahiran melalui kaedah SLDN sejajar dengan
                keperluan serta perkembangan teknologi dan ekonomi Negara.

                Penerbitan buku ini yang menggunakan konsep infografik dan bergambar  (photobook) diharapkan mampu memberi
                paparan yang mudah difahami dan menarik. Ia juga direkabentuk sesuai untuk tatapan segenap lapisan masyarakat dan
                bakal dijadikan barangan promosi atau cenderakenangan pada masa hadapan.

                                                                                      Bahagian  SLDN berharap buku ini  dapat  menyebarkan
                                                                                      maklumat secara meluas tentang SLDN dan menarik
                                                                                      lebih  ramai lagi pihak-pihak yang berpotensi bagi
                                                                                      Mengarusperdana Latihan Kemahiran selaras  dengan
                                                                                      keperluan salah satu teras dalam Rancangan Malaysia Ke-11
                                                                                      (RMKe-11).

                                                                                      Melalui jenama  “SkillsMalaysia” dan TVET seperti yang telah
                                                                                      diumumkan dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP) oleh
                                                                                      Y.A.B. Perdana Menteri, kerajaan berhasrat untuk mencapai
                                                                                      35 peratus tenaga kerja berkemahiran tinggi  menjelang
                                                                                      tahun 2020.

                                                                                      Justeru, SLDN kini boleh berdiri dengan megah atas kejayaan
                                                                                      yang telah dicapai dalam memenuhi hasrat kerajaan yang
                                                                                      telah ditetapkan, dan adalah menjadi hasrat kerajaan agar
                                                                                      rakyat Malaysia terus memilih latihan kemahiran sebagai
                                                                                      pilihan utama untuk pembangunan kerjaya, seterusnya
                                                                                      menyumbang kepada usaha menjana ekonomi negara
                                                                                      berpendapatan tinggi.

                                                                                        Sekian, selamat membaca.









                POTRET KEJAYAAN
            4 SISTEM LATIHAN DUAL NASIONAL



            4
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21