Page 26 - POTRET KEJAYAAN ebook
P. 26
Sebuah PENGENALAN Kajian Kejayaan SLDN
Episod-Episod Kejayaan SLDN Sehingga Mac 2018
Kejayaan-kejayaan pelaksanaan SLDN dipengaruhi oleh pelbagai perkara dan faktor. Kesanggupan pihak industri untuk terlibat juga memainkan peranan penting di
mana terdapat keperluan bagi menyediakan premis, fasiliti latihan dan jurulatih yang berkelayakan. Oleh yang demikian, kerjasama antara majikan dengan institusi
latihan adalah penting dalam usaha untuk merangka program latihan kemahiran dan pengetahuan teori. Justeru itu, setiap kerjasama akan lebih berkesan sekiranya
pihak institusi latihan khususnya, lebih mengetahui aspek yang perlu diambil kira dalam pembinaan kurikulum agar hubungan terus mantap serta akan berterusan.
Walaubagaimanapun bagi mewujudkan penglibatan yang lebih efektif, semua pihak haruslah jelas dengan tujuan dan matlamat mereka untuk bekerjasama, ini
adalah untuk mengelak dari terjadinya konflik di mana pihak-pihak terlibat gagal mencapai persetujuan dalam perbincangan, berikutan percanggahan pendapat
tentang konsep dan halatuju latihan tenaga kerja di industri. Sejak penubuhannya pada 2005, SLDN telah menerima pelbagai pengiktirafan melalui Malaysian Book
of Record (MBoR) dalam merencanakan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) kepada rakyat umumnya. Jalinan strategik antara Jabatan Pembangunan
Kemahiran (JPK) di bawah Kementerian Sumber Manusia dan industri-industri di Malaysia telah terbukti dalam membuka peluang latihan kemahiran yang lebih
komprehensif kepada remaja dan belia dalam mengikuti latihan berorientasikan keperluan industri supaya mereka lebih mampu bersaing dalam dunia pekerjaan
yang berubah mengikut keperluan teknologi terutamanya di era Industrial Revolution 4.0 (IR 4.0). Di samping itu, program latihan berkonsepkan industri ini juga, telah
mencapai beberapa siri kejayaan lain yang turut mendapat pelbagai pengiktirafan dari dalam dan luar negara terutamanya melalui persijilan AHK oleh Malaysian-
German Chamber of Commerce and Industry (MGCC).
Perkongsian bijak dalam melahirkan tenaga kerja mahir untuk keperluan negara adalah menjadi tanggungjawab bersama pihak kerajaan dan swasta. Kerjasama
pihak industri dalam menyediakan ruang latihan kemahiran amat penting agar latihan melalui konsep Work Based Learning (WBL) dapat diperolehi oleh pelatih
atau perantis melalui pendedahan ditempat kerja. Kepakaran dan kemudahan yang ada pada kedua-dua belah pihak dapat dikongsi bersama serta boleh
mengurangkan masalah mismatch bidang pekerjaan antara industri dengan institusi latihan kemahiran. Ternyata Malaysia memperolehi faedah yang banyak dalam
meningkatkan pembangunan sumber manusia dan ekonomi negara dengan lebih rancak lagi sekaligus mewujudkan lebih ramai modal insan yang berwawasan,
berpotensi, inovatif, kompetitif, berkualiti dan kompeten dalam mencapai visi negara maju menjelang 2020.
Pendekatan Public-Private Partnership (PPP) sebegini mampu melahirkan generasi sumber manusia yang lebih berdaya saing dan imun terhadap perubahan
teknologi seperti yang dialami oleh negara maju. Usaha ini dapat memperkenalkan suatu konsep latihan berbentuk Technology Transfer, yang mana pihak industri
boleh memindahkan teknologi, pengetahuan dan pengalaman mereka di samping menyalurkan segala isu-isu terkini kepada pihak kerajaan dan pihak institusi
atau kerajaan boleh merangka dasar atau kurikulum yang cenderung kepada industri. Hal ini, boleh meningkatkan kemahiran tenaga pengajar, pelatih dan
pekerja industri dalam bidang-bidang yang berkenaan. Oleh itu, penglibatan sektor swasta dalam input latihan kemahiran dan vokasional melalui kerjasama dan
perkongsian ini amat digalakkan bagi memudahkan adaptasi para pelatih ke dalam pasaran pekerjaan dan meningkatkan kebolehpasaran mereka ke industri.
SLDN menuju masa hadapan
Secara hakikatnya, SLDN dilihat sebagai satu sistem latihan yang amat berpotensi luas dalam menghasilkan tenaga kerja berkemahiran yang diperlukan oleh
negara, dalam memacu ekonominya ke arah mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Namun, timbul persoalan tentang hasil dan pencapaian
keseluruhan serta impak jangka panjang dalam pelaksanaan program ini, terutamanya kepada mereka yang mengikuti dan menjalani latihan tersebut iaitu pelatih-
pelatih di pusat latihan bertauliah yang terlibat. Konsep ini seharusnya diperluaskan kepada kolej komuniti, politeknik dan universiti tempatan, terdapat kementerian-
kementerian lain dalam kerajaan yang juga menawarkan program latihan kemahiran dan vokasional seperti Kementerian Sumber Manusia (KSM), Kementerian
Belia dan Sukan (KBS), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan sebagainya. Perkara ini, seterusnya telah mendorong penyelidik untuk
meneroka dengan lebih mendalam lagi berkenaan dengan perkara ini dan seterusnya mengenal pasti masalah serta persepsi pelatih pusat latihan terhadap
program SLDN yang dijalankan.
SLDN seharusnya bersifat lebih universal dan boleh diterima oleh pelbagai peringkat pendidikan serta dapat dilaksanakan dengan jayanya di kedua-dua pusat
latihan dan industri. Usaha ini juga diharapkan dapat memaksimumkan potensi sebenar program ini yang telah terbukti berjaya dilaksanakan di peringkat dunia oleh
negara-negara maju. Jabatan ini juga berharap agar proses pemerkasaan sistem ini dapat melahirkan pelatih yang bukan sahaja kompeten dalam pengetahuan
dan kemahiran, tetapi juga mempunyai kebolehan survival yang akan membantunya untuk terus maju dalam aspek Life Long Learning untuk memajukan negara
dan masyarakat. Para pelatih atau perantis seterusnya diharapkan agar mempunyai rasa keyakinan tinggi, kepercayaan dan high-esteem selaras dengan
perkembangan positif belia-belia di negara ini samada dari aspek pembangunan kemahiran, mahupun aspek pembangunan rohani di dalam diri perantis tersebut.
Bagi pelaburan jangka masa panjang, SLDN dapat menjadi pendorong utama prime mover serta sumber sinergi dalam membantu hasrat kerajaan mencapai
status negara maju menjelang tahun 2020. Matlamat kerajaan ini hanya akan dapat dicapai apabila sumber tenaga kerja berjaya diseimbangkan bukan sahaja
dari aspek kuantitinya, tetapi juga dari aspek kualitinya. Namun yang demikian, hasrat murni ini hanya dapat dicapai jika kesemua pemegang taruh (stakeholders)
dapat menjalinkan hubungan kerjasama yang telus dan lestari dengan menolak kepentingan ekonomi dan menjadikan kepentingan sumber manusia atau pekerja
itu sebagai fokus utama. Jika perkara ini dapat dilaksanakan, memang tidak mustahil bagi negara kita Malaysia untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi
dengan negara-negara maju pelaksana TVET yang lain seperti Jerman, Australia, Korea, Jepun dan Switzerland.
Usahasama kesemua pemegang taruh (stakesholders) di bawah seliaan JPK, KSM perlulah sentiasa relevan, agar ia tetap memenuhi keperluan sumber manusia
mahir dalam konteks globalisasi dan kemajuan teknologi pada masa kini. Pihak Kerajaan dari peringkat persekutuan mahupun negeri boleh menaja pekerja
pilihan mereka untuk menjalani latihan di industri-industri yang menjalankan SLDN, manakala interaksi antara institusi latihan awam dan industri multinasional
boleh membantu dalam membentuk hubungan dalam komunikasi, perkongsian maklumat, penyelarasan, kerjasama, penyelesaian masalah, perundingan dan
pembangunan kurikulum untuk latihan sumber manusia. Hubungan yang fleksibel antara institusi-institusi ini dari aspek pengurusan proses pendidikan, kurikulum,
penilaian, kaedah penghantaran dan tenaga pengajar dapat menjamin kualiti latihan dan persijilan yang bakal dikeluarkan. Dana latihan diperuntukkan oleh
kerajaan juga dicadangkan dari kewangan yang diperoleh hasil dari perkongsian antara kerajaan dan industri tetapi sumbangan industri sehingga dua pertiga
lebih besar dari kerajaan sepertimana yang dipraktikkan mengikut piawaian Jerman. Jurulatih dan pengajar harus berkomunikasi dengan berkesan supaya perantis
dapat menjalani proses pembelajaran dan prinsip-prinsip latihan, memahami dan melaksanakan kaedah pembelajaran yang sesuai, memahami keupayaan
pelatih, memberi nasihat berkenaan dengan tugasan, membantu perantis dalam membangunkan kemahiran baru. Pengalaman mengikuti SLDN harus membuka
lebih banyak peluang kepada mereka untuk menerokai dan menyesuaikan diri dengan situasi yang lebih sepadan dan dapat membina kemahiran sendiri jika
bimbingan yang betul dapat diberikan. Akhir kata, pencapaian SLDN akan lebih menyerlah pada masa akan datang jika sejarah kejayaan yang dicapai sepanjang
13 tahun penubuhannya diambilkira dalam pembentukan hala tuju latihan kemahiran negara, dan tidak mustahil JPK menjadi peneraju dalam perkara ini.
POTRET KEJAYAAN
14 SISTEM LATIHAN DUAL NASIONAL
14