Page 24 - POTRET KEJAYAAN ebook
P. 24

Kisah Kejayaan SLDN Definisi Kejayaan SLDN



                            SLDN Adaptasi Tempatan Terhadap
                  German Dual Vocational Training (GDVT)


                    Salah satu cabaran terbesar yang dihadapi oleh Malaysia dalam mencapai Wawasan 2020 adalah pembentukan sistem pendidikan dan latihan
                    kemahiran yang lestari dalam menghasilkan tenaga kerja yang bukan sahaja kompeten dalam aspek pengetahuan dan amali, tetapi juga memiliki
                    kemahiran sosial dan nilai kemanusiaan  yang tinggi dalam melaksanakan setiap perkara dalam pekerjaannya. Komponen ini sangat penting
                    dalam membentuk elemen nilai-nilai sosial serta imej baik dalam latihan dan pekerjaan yang seterusnya menjadi pemangkin atau aspirasi kepada
                    penglibatan seseorang individu bagi menghasilkan produk yang berketerampilan dan berkualiti.

                    Yang Berbahagia Datuk Dr. Pang Chau Leong, mantan Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran (2010-2017) menyatakan usaha-usaha berkenaan
                    pembangunan latihan vokasional dan kemahiran telah digiatkan dari bertahun dahulu secara konvensional sehinggalah pada tahun 1996 di mana
                    telah wujudnya kesedaran untuk memperkenalkan satu sistem latihan di Malaysia yang serupa dengan sistem latihan dual yang dipraktikkan di
                    negara Jerman. Usaha ini bermula dengan pelbagai sesi dialog, lawatan dan kerjasama yang telah dijalankan antara Malaysia dengan Jerman.
                    Rentetan dari semua inisiatif itu, satu sistem latihan berorientasikan industri yang dikenali sebagai Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) atau National
                    Dual Training System (NDTS) telah diperkenalkan dan seterusnya diluluskan secara rasmi oleh Kabinet Malaysia pada 19 Mei 2004.


                    Pengenalan SLDN ini telah menumpukan kepada keperluan dalam menghasilkan  k-workers di negara ini sebagaimana yang telah dinyatakan
                    dalam Rancangan Malaysia Ke-8 (RMKe-8) 2001-2005, iaitu “Sistem pendidikan dan latihan akan dipacukan dalam menghasilkan tenaga kerja
                    yang berbentuk multi-skilled dan berpengetahuan serta versatil, sanggup untuk terus belajar secara berterusan”. Tujuan utama pelaksanaan
                    SLDN adalah untuk menghasilkan tenaga kerja yang kompeten dalam bidang teknikal dan juga berpengetahuan serta mengamalkan nilai-nilai
                    kemanusiaan dan sosial. Pelaksanaan sistem ini bermula dengan pengambilan kumpulan pertama yang terdiri daripada 29 orang pelatih oleh
                    syarikat Daimler Chrysler Malaysia dan 14 orang pelatih oleh syarikat Pengeluaran NAZA.




                                Kertas Kajian SLDN


               1.   The Integrations of National Occupational Skills Standards (NOSS) Based Training System and National Dual Training System (NDTS) in Malaysia, (2010).
                       Phang Chau Leong, Jailani bin Md Yunos, George Spotte
                       University Tun Hussein Onn Malaysia
                       University of Bremen, Germany
               2.   Malaysia Skills Training System Reform: Challenges in Conducting National Dual Training System (NDTS) (2010).
                       Azmi bin Ahmad, Michael Gessler & George Spottle
                       Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
                       University of Bremen, Germany
                       Jabatan Pembangunan Kemajuan, KSM
               3.   The Emerging Roles of Coaches in the Malaysian Dual Training System (2011)
                       Ahmad Othman, Nor Hazana Abdullah, Mohd Sulaiman, Alina Shamsuddin
                       Universiti Malaysia Pahang,
                       Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
                       Jabatan Pembangunan Kemahiran, KSM

               4.   Kajian Penglibatan Government Link Company (GLC) dan Multinational Company (MNC) dalam program Sistem Latihan Dual National (SLDN): Model
                   pelaksanaan berkesan (2012).
                       Uzin Ali, Norizan Mohd Shahbaki, Ruminah Muhammad Zain, Dr Ghalip Spahat, Junita Mohamed Ali, Norisniwati Ab. Rahim,
                       Abdul Hanif Ludin, Susana Ling Hie King, Safiza Saleh, Roziyati Abdullah, Azlinda Mohd Nor, Lili Munira Mat Yusuf, Mahazrul Kamarudin,
                       Md Nayan Abdulah
                       Jabatan Pembangunan Kemahiran, KSM
               5.  Kajian Terhadap Penerimaan Masyarakat Terhadap Program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) (2012)
                       Shamsudin Jamil, Juliana Jopeli, Norizan Mohd Shahbaki, Ruminah Muhammad Zain, Noriswati Ab. Rahim, Abdul Hanif Ludin,
                       Susana Ling Hie King, Safiza Saleh, Roziyati Adam, Roslan Salim, Ahmad Supawi, Kamal Azhar Ibrahim, Haniza Burhan
                       Jabatan Pembangunan Kemahiran, KSM



                POTRET KEJAYAAN
        12 SISTEM LATIHAN DUAL NASIONAL



        12
   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29