Page 4 - flipGDP
P. 4
ABSTRAK
Iklan merupakan suatu kaedah atau cara berkomunikasi massa yang efektif dan
berkesan dalam era modenisasi dan globalisasi kini. Dengan kata lain, ia merupakan
salah satu cara atau wadah penyebaran informasi dan maklumat kepada masyarakat
umum tentang sesuatu perkara melalui pelbagai saluran media cetak dan juga media
massa seperti televisyen, radio, surat khabar dan lain-lain. Pada dasarnya, iklan
digunakan sebagai suatu bentuk strategi pemasaran dan perniagaan oleh sesebuah
syarikat, pengeluar atau mana-mana institusi yang berkehendakkan liputan tentang
sesuatu produk atau perkhidmatan mereka diketahui oleh orang ramai. Tambahan lagi,
iklan bukan sahaja menjadi medium atau alat pemasaran yang membantu mempromosi
dan menjual sesuatu produk malah membina keyakinan pelanggan dan pengguna
terhadap sesuatu syarikat atau institusi melalui media massa. Selain itu, ia juga turut
digunakan oleh kerajaan dan pihak-pihak lain untuk tujuan tertentu. Kebiasaannya,
pengiklanan yang dilakukan oleh pihak kerajaan bertujuan untuk menyampaikan
informasi, maklumat, seruan, nasihat dan sebagainya. Dalam kehidupan seharian,
manusia tidak boleh terlepas dari pengaruh iklan khususnya di media massa. Hal ini
kerana iklan merupakan salah satu kaedah untuk menggalakkan, memujuk, merangsang
atau mempengaruhi tingkah laku seseorang. Selain itu, iklan juga mampu
mempengaruhi ingatan seseorang mengenai sesuatu produk atau perkhidmatan.
Kata kunci: Iklan
1