Page 8 - flipGDP
P. 8
1.5 Skop Kajian
Skop kajian dihadkan kepada merekabentuk semula laman sesawang, pengiklanan,
trend dan pengiklanan televisyen syarikat yang telah dipilih untuk digunakan sebagai
inspirasi dan integrasi ke dalam rekabentuk Pengiklanan dan Media Baru.
1.6 Kepentingan Kajian
Iklan merupakan salah satu medium dalam memperkembangkan perniagaan. Iklan ini
biasanya akan di papar di dalam bahan cetakan seperti surat khabar, majalah, dan lain-
lain lagi. Iklan ini akan menggunakan struktur ayat yang pendek dan banyak
menggunakan ayat tunggal, menggunakan manipulasi bahasa dan menggunakan
pelbagai kaedah untuk memujuk atau menarik perhatian pengguna seperti kaedah
umpan, pujukan, kemesraan, gesaan dan doa. Iklan ini amat penting dalam
meningkatkan mutu perniagaan sebuah syarikat. Banyak kepentingan iklan dalam
sesebuah perniagaan itu. Antaranya ialah untuk memperkenalkan atau mempromosikan
sesuatu produk tersebut. Melalui iklan, objek ini akan mudah untuk dijualkan kepada
orang ramai. Iklan ini amat penting untuk sebuah syarikat bagi memasarkan objeknya
untuk dijual. Justeru, amat jelaslah bahawa iklan ini adalah untuk menjualkan sesuatu
objek yang telah diiklankan.
1.7 Takrifan istilah / Operasi
1.7.1 Laman Sesawang
Laman sesawang adalah kumpulan laman dan kandungan berkaitan yang
dikenal pasti dengan nama domain umum dan diterbitkan di sekurang-
kurangnya satu pelayar web. Contoh terkenal ialah wikipedia.org,
google.com, dan amazon.com. Semua laman web yang boleh diakses
secara terbuka secara kolektif merupakan World Wide Web.
1.7.2 Pengiklanan
Iklan adalah komunikasi pemasaran yang menggunakan pesanan bukan
peribadi yang disponsori secara terbuka untuk mempromosikan atau
menjual produk, perkhidmatan atau idea. Penaja iklan biasanya
5