Page 5 - flipGDP
P. 5
BAB 1
PENGENALAN
1.0 Pengenalan bab
Satu rumusan cadangan kajian yang akan dijalankan dengan merangkumi pendahuluan,
latar belakang kajian, pernyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian, skop kajian,
kepentingan kajian dan takrifan istilah/ operasi kajian. Kandungan bab ini adalah seperti
berikut:
1.1 Latar Belakang Kajian
Sebab utama pengiklanan digunakan ialah kerana ia lebih berkesan sebagai salah satu
cara bagi pengusaha untuk memberi maklumat kepada pengguna tentang barangan
keluarannya. Pengiklanan memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya dalam
memajukan sektor perdagangan sesebuah negara dan menjadi faktor utama dalam
membantu penggunaan sumber tenaga manusia (Mohamad Md Yusoff, 1999).
Sehubungan itu, yang menariknya iklan ini menggunakan bahasa yang mampu menarik
minat selain dari gambar. Penggunaan bahasa dalam iklan melatakkan propaganda
sebagai daya tarikan umum (Mohamad Md Yussof 1995). Oleh itu, iklan yang
menggunakan bahasa dan imej media sosial facebook dan instagram sebagai penarik
tidak dapat dinafikan. Penggunaan imej dan bahasa dalam iklan saling berhubung
membolehkan kesatuan dapat di wujudkan.
Dalam konteks ini, wanita sering digunakan dalam iklan kerana wanita mempunyai
daya tarikan fizikal seperti bentuk badan, wajah yang cantik, pakaian, personality dan
kebolehan berturut. (Alice et al., 1986). Jika melihat kepada kesan pengikalan ini ia
berfokus kepada satu dimensi iaitu dimensi sosial. Walaupun pada awalnya, pengiritik
mendakwa bahawa iklan mempromosikan konsep "materialism"dan mendorong untuk
pembeli untuk membeli barangan yang sebebarnya tidak diperlukan dan mengwujudkan
sifat boros. Tetapi ia perlu dilihat secara holistic bahawa iklan bukan sahaja untuk
2