Page 10 - flipGDP
P. 10

BAB 2



                                                  KAJIAN LITERATUR



                       2.0  Pengenalan Bab

                            Istilah “literatur” bermaksud artikel kajian yang dirujuk untuk memahami dan

                            mengkaji  permasalahan  kajian.  Kajian  literatur  digunakan  untuk  memberikan
                            konteks kajian dengan melihat kajian yang telah dijalankan dalam bidang kajian

                            tersebut  dan  bukan  sekadar  meringkaskan  kajian  yang  telah  dijalankan  oleh
                            penyelidik lain (Kumar, et. al, 2013). Rujukan yang digunakan mestilah berkaitan

                            dengan  fokus  kajian.  Kandungan  dalam  bab  ini  boleh  mengandungi  satu

                            pengenalan ringkas kepada tajuk kajian, konsep atau teori yang berkaitan, kajian
                            terdahulu yang ada kaitan dengan bidang kajian dan rumusan bab ini.



                       2.1  Pengenalan

                             “Product design is an agent of change and it is important for designers to know
                            how they can either undermine or support the indigenous cultural systems of the

                            society”.
                                                                                          (Popovic, 2002)



                       2.2  Definisi Kraftangan

                            Hasil  kraftangan  telah  bermula  sejak  dahulu  lagi  dan  diperturunkan  kepada

                            generasi  ke  generasi  dan  menjadi  satu  kemahiran  sesuatu  kaum  atau  bangsa.
                            Kegiatan  pengeluaran  barang  kraftangan  ini  dahulu  berkaitan  dengan

                            kepercayaan agama, tradisi sesuatu puak atau kaum. Pada kebiasanya, kegiatan-
                            kegiatan seperti ini tidak mementingkan soal ekonomi atau harga kepada hasil

                            tersebut sebaliknya lebih mementingkan kepuasan kepada penciptanya dan juga
                            keindahan  kepada  barangan  yang  dihasilkan.  Secara  amnya,  kraftangan  boleh

                            dibahagikan kepada dua kategori iaitu; secara formal iaitu pengeluaran produk

                            oleh pengusaha secara sepenuh masa dan secara tidak formal iaitu dilakukan oleh
                            pengusaha untuk tujuan sementara dan sebagai suatu hobi. Penghasilan produk


                                                                7
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15