Page 15 - flipGDP
P. 15

BAB 3



                                                METODOLOGI KAJIAN





                       3.1 Pengenalan Bab

                       Pengiklanan adalah kaedah komunikasi massa yang berkesan dan efisien dalam era

                       modenisasi dan globalisasi sekarang. Dengan kata lain, ini adalah salah satu cara untuk
                       menyebarkan maklumat kepada masyarakat umum mengenai sesuatu perkara melalui

                       pelbagai  saluran  media  cetak  dan  juga  media  massa  seperti  televisyen,  radio,  surat
                       khabar dan lain-lain. Pada dasarnya, pengiklanan digunakan sebagai bentuk strategi

                       pemasaran dan perniagaan oleh syarikat,  pengilang atau institusi  yang memerlukan
                       liputan mengenai produk atau perkhidmatan yang diketahui oleh masyarakat. Selain itu,

                       pengiklanan bukan hanya alat media atau pemasaran yang membantu mempromosikan

                       dan  menjual  produk  malah  juga  membangun  kepercayaan  terhadap  pelanggan  atau
                       pengguna  terhadap  syarikat  serta  institusi  melalui  media  massa.  Selain  itu,  ia  juga

                       digunakan oleh pihak lain untuk tujuan tertentu. Biasanya, iklan yang dilakukan oleh

                       kerajaan bertujuan untuk menyampaikan maklumat, panggilan, nasihat dan sebagainya.
                       Dalam kehidupan seharian, manusia tidak dapat lari dari pengaruh iklan, terutama di

                       media massa. Ini kerana iklan adalah salah satu kaedah untuk mendorong, memujuk,
                       merangsang atau mempengaruhi tingkah laku seseorang. Selain itu, pengiklanan juga

                       dapat mempengaruhi ingatan seseorang terhadap produk atau perkhidmatan. Bab ini
                       melaporkan  dapatan  kajian  berdasarkan  keputusan  ujian  dan  tindak  balas  yang

                       diberikan oleh responden di  kalangan pelajar Politeknik  Ibrahim Sultan. Kajian ini

                       dianalisis menggunakan sistem Google Form. Semua hasil yang diperoleh disajikan
                       dalam bentuk jadual, carta pai dan grafik. Hasil kajian yang dikemukakan dalam bab

                       ini adalah untuk menghuraikan jawapan Keberkesanan Iklan & Media Baru kepada
                       pengguna di kalangan pelajar Politeknik.










                                                               12
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20