Page 48 - Saujana Pujangga 2022
P. 48

 DIARI
 LESTARI SIRIH JUNJUNG, BUDAYA DISANJUNG
Siti Nur Ain Syikin Binte Junaidi
JPJC
Pada 12 April 2022, para pelajar MLEP Tahun 1 dari Maktab Rendah Jurong Pioneer berpeluang mengikuti Bengkel Apresiasi Sirih Junjung semasa aktiviti pengayaan Program Elektif Bahasa Melayu yang dikendalikan oleh guru-guru dari Unit Bahasa Melayu Maktab Rendah Jurong Pioneer. Sebelum aktiviti membuat sirih junjung dijalankan secara berkumpulan, para pelajar telah diperkenalkan kepada fungsi dan peranan sirih junjung dalam majlis keramaian masyarakat Melayu. Para pelajar turut berkongsi pengalaman mereka tentang sirih junjung yang pernah dilihat di majlis pernikahan vjuga perkahwinan orang Melayu. Ada juga di antara para pelajar yang pernah membantu membuat sirih junjung bersama ahli keluarga semasa menghadiri majlis pernikahan kaum keluarga mereka.
Melalui sesi perkongsian bersama guru- guru dan teman-teman, para pelajar dapat pertingkatkan ilmu mereka tentang sirih junjung. Contohnya, para pelajar sedar untuk bahawa dalam adat budaya masyarakat Melayu, sirih junjung ialah salah satu barang hantaran pengantin. Tambahan pula, para pelajar belajar tentang sejarah dan bahan- bahan yang diggunakan untuk membuat sirih junjung seperti tepak sirih, daun sirih, buah pinang, kapur dan pelbagai lagi bahan lain.
Semasa aktiviti tersebut, para pelajar turut menonton video tentang cara-cara membuat sirih junjung sebelum beredar dan duduk dalam kumpulan masing- masing. Kelihatan para pelajar berasa seronok apabila melakukan akitiviti tersebut. Setiap kumpulan bebas menggubah sirih junjung mereka dengan memilih bunga-bunga yang berwarna-warni, melipat daun sirih mengikut reka bentuk dan cita rasa yang diinginkan.
Dalam masa satu
setengah jam, setiap
kumpulan berjaya
menyediakan sirih
junjung dengan gubahan
bunga yang sungguh
menarik. Semangat bergotong-royong dan saling
membantu yang ditunjukkan setiap pelajar menjadikan aktivti membuat sirih junjung ini suatu kegiatan yang sangat menarik dan penuh bermakna.
Aktiviti yang dijalankan ini amat menarik dan bermanfaat kerana ramai pelajar yang belum pernah membuavt sirih junjung. Dengan mengikuti sesi tersebut, para pelajar dapat mengetahui untuk membuat sirih junjung. Selain itu, para pelajar juga dapat menjalin ikatan persahabatan yang lebih erat antara satu sama lain. Malah, bengkel tersebut menambahkan pengetahuan kami tentang sirih junjung dalam adat dan budaya masyarakat orang Melayu.
Pada masa yang akan datang, saya berharap agar golongan remaja Melayu kini akan terus giat dalam aktiviti yang berkaitan dengan budaya Melayu seperti membuat sirih junjung ini. Sirih junjung merupakan salah satu gubahan masyarakat Melayu dalam majlis perkahwinan orang Melayu yang perlu dilestarikan.
46 Saujana Pujangga 2022
 
















































































   46   47   48   49   50