Page 50 - Saujana Pujangga 2022
P. 50
DIARI
AKTIVITI SUAI KENAL JALIN
SILATURAHIM ANTARA PELAJAR MLEP
Nafilah Binti Kosnan
Nur Fitri Daniati Binte Jaafar
JPJC
Setelah dua tahun berlalu, Perkhemahan Sastera MLEP Maktab Rendah kembali diadakan secara fizikal pada 29 Julai - 30 Julai 2022, di Institusi Raffles. Kelonggaran sekatan COVID-19 telah membenarkan para pelajar dari kelima-lima maktab rendah yang menawarkan MLEP, iaitu Maktab Rendah Jurong Pioneer (JPJC), Maktab Rendah Kebangsaan (NJC), Institusi Raffles (RI), Maktab Rendah Tampines Meridian (TMJC) dan Maktab Rendah Yishun Innova (YIJC) untuk mengambil bahagian dalam Aktiviti Suai kenal secara bersemuka. Acara tersebut telah memberikan peluang kepada para pelajar untuk saling mengenali dan menjalinkan hubungan silaturahim.
Aktiviti Suai kenal ini dikendalikan oleh pemegang biasiswa MLEP dari kelima-lima Pusat MLEP, di bawah bimbingan Cikgu Muhammad Andi dari MOE. Sebelum Perkhemahan Sastera dihadiri sekalian pelajar MLEP tahun satu, sesi Zoom telah diadakan bersama pemegang biasiswa untuk merancang aktiviti-aktiviti bagi Perkhemahan Sastera tersebut. Pelbagai jenis permainan yang disarankan oleh para fasilitator. Objektif sesi kenal suai ini adalah untuk mengukuhkan lagi ukhwah antara para pelajar MLEP.
Semasa Aktiviti Suai kenal itu, para pelajar MLEP telah dibahagikan kepada enam kumpulan. Tujuannya adalah untuk memastikan agar para pelajar dapat mengenali dan berinteraksi dengan pelajar MLEP dari maktab yang berbeza-beza. Oleh sebab Aktiviti Suai enal ini dikendalikan pada hari yang sama dengan Majlis Penyampaian Tamat Program MLEP bagi kohort 2021-2022, masa yang diberikan untuk
menjalankan Aktiviti Suai Kenal agak singkat. Namun, dengan bantuan yang diberikan oleh Cikgu Muhammad Andi serta kegigihan para pemegang biasiswa MLEP, aktiviti ini berjaya dijalankan dengan lancar. Memang tidak dapat dinafikan, pada mulanya, kami berasa agak janggal dan rasa malu untuk memulakan perbualan. Suasana yang pada awalnya tegang di dalam bilik Innovation Centre, bertukar menjadi kecoh dan penuh dengan gelak ketawa lebih-lebih lagi apabila permainan “Ice Breakers” yang telah dirancang oleh pemudah cara dimulakan.
Dalam aktiviti pertama, kami telah diajukan dengan soalan-soalan yang berkaitan dengan diri kami seperti tempat-tempat kegemaran kami.
Permainan ini jelas berkesan kerana kami dapat berkenalan antara satu sama lain. Kami berkongsi tentang hobi, keluarga dan kisah- kisah manis di sekolah.
48 Saujana Pujangga 2022