Page 52 - Saujana Pujangga 2022
P. 52

 DIARI
YANG KURIK ITU KUNDI, YANG MERAH ITU SAGA
YANG BAIK ITU BUDI, YANG INDAH ITU BAHASA
Uswatun Hassanah Binte Omar Nadya Sufia Binti Mohamed Yazeed
JPJC
Pada tanggal 30 Julai 2022, kelima-lima maktab rendah yang menawarkan Program Elektif Bahasa Melayu (MLEP) iaitu Maktab Rendah Jurong Pioneer (JPJC), Maktab Rendah Kebangsaan (NJC), Institusi Raffles (RI), Maktab Rendah Tampines Meridian (TMJC) dan Maktab Rendah Yishun Innova (YIJC) telah menyertai Perkhemahan Sastera yang diadakan di Institusi Raffles. Perkhemahan Sastera tersebut merupakan acara tahunan untuk para pelajar MLEP.
Objektif Perkhemahan Sastera ini diadakan adalah untuk memperkenalkan genre puisi kepada pelajar Tahun 1 dan meningkatkan penghayatan pelajar terhadap puisi melalui persembahan. Semasa Perkhemahan Sastera, para pelajar MLEP telah mengikuti beberapa aktiviti kebahasaan, kebudayaan dan kesusasteraan yang sungguh bermakna. Aktiviti pertama dibimbing oleh Encik Hidayat Nordin, seorang penulis puisi yang mengajar para pelajar cara-cara menulis sajak. Beliau merupakan seorang penerbit, penulis dan pengarah serta penggiat seni tempatan yang telah mengasaskan beberapa kumpulan seni persembahan. Para pelajar berasa amat teruja dan bertuah kerana berpeluang untuk mendalami ilmu tentang sajak daripada beliau, yang turut menghadiahkan buku himpunan puisi-puisi karya beliau sendiri.
Dalam aktiviti tersebut, para pelajar menumpukan perhatian kepada elemen- elemen sajak, termasuk aliterasi, asonansi dan metafora dan imejan. Di samping itu, pelajar juga diajar ciri-ciri sajak seperti simbol, gaya bahasa dan diksi. Pada akhir bengkel tersebut, beberapa orang pelajar dijemput untuk membaca sajak-sajak yang bertemakan
melankolik, sinis dan sebagainya. Ada yang berasa bangga dengan kebolehan rakan seperjuangan yang mampu mendeklamasikan sajak-sajak dengan nada dan intonasi yang melankolik. Menerusi bengkel penulisan puisi ini, para peserta dapat mempertingkatkan pemikiran kritis mereka terhadap karya sajak dan memahami serta menghayati nilai sastera dalam sajak.
Seterusnya, keenam-enam kumpulan digalakkan untuk meneroka persekitaran di luar bilik Innovation Centre dengan mencari tempat-tempat yang dapat melahirkan ilham untuk menulis sajak. Setiap kumpulan telah bekerjasama memerah otak berkongsi idea-idea berdasarkan tema dan topik yang diberikan bagi menghasilkan sajak-sajak ciptaan mereka. Bahkan, semasa Perkhemahan Sastera itu, masa pelajar-pelajar MLEP diisi dengan aktiviti yang padat tetapi memuaskan hati. Setiap kumpulan berpeluang mengambil bahagian dalam tiga bengkel; Lakonan dan Drama, Muzik & Gendang serta Pergerakan Silat yang dikendalikan oleh para pelatih yang mahirdalambidang-bidangtersebut.Dengan mengikuti bengkel-bengkel itu, setiap peserta diharap agar dapat mengaplikasikan unsur- unsur sastera dalam karya sajak yang sekaligus dapat menerapkan unsur-unsur artistik semasa mendeklamasikannya.
Bengkel lakonan yang diadakan oleh Puan Aidli Mosbit bertujuan untuk mengajar teknik- teknik Speech Choir, iaitu penyampaian secara serentak dan cara menerapkan teknik ini dalam pendeklamisan sajak. Antara teknik- teknik yang diajarkan termasuk cara untuk melontarkan suara serta membuat koreografi menggambarkan sajak yang dicipta bersama
50 Saujana Pujangga 2022























































































   50   51   52   53   54