Page 134 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 134

RURAGOGY  merupakan  kaedah  PdP  bagi  pelajar  pedalaman  dalam  subjek
          IDA102  di  Universiti  Teknologi  MARA  Cawangan  Sabah,  Kampus  Kota  Kinabalu
          dalam mendepani cabaran pendidikan sepanjang pandemik Covid-19 berlangsung.
          Impak  pandemik  Covid-19  menyebabkan  proses  PdP  di  pusat  pengajian  tinggi
          diadakan  secara  dalam  talian. Walaubagaimanapun  sistem  pembelajaran  secara
          dalam  talian  berhadapan  dengan  banyak  kekangan  disebabkan  perbezaan  profil
          dan  demorafi  pelajar  yang  berselerak  di  pelbagai  tempat  di  seluruh  negara.
          Terdapat dalam kalangan pelajar yang tinggal di kawasan pedalaman, mempunyai
          rangkaian internet yang lemah dan datang daripada keluarga yang miskin. Faktor-
          faktor  inilah  yang  menjadi  titik  tolak  kepada  penghasilan  inovasi  RURAGOGY.
          Kaedah ini dibentuk berdasarkan kepada teori pembelajaran secara dalam talian
          oleh  Muilenburg  &  Berge  (2007)  dan  Pembelajaran  Terbeza  (KPM,  2019).
          Muilenburg  &  Berge  (2007)  menggariskan  beberapa  faktor  penghalang  kepada
          kelancaran pembelajaran secara dalam talian seperi masa, interaksi sosial, teknikal,
          motivasi,  kemudahan  infrastruktur  dan  kemahiran  prasyarat.  Manakala
          pembelajaran terbeza pula menjelaskan bahawa guru perlu merancang pengajaran
          mengikut  situasi  berdasarkan  kepada  keperluan  murid  yang  berbeza-beza.  Guru
          boleh  membezakan  pengajaran  dalam  aspek  kandungan  pengajaran,  proses,
          produk,  atau  persekitaran  pembelajaran.  Tinjauan  terhadap  pelajar  IDA102
          menunjukan  bahawa  faktor-faktor  dominan  yang  menghalang  pelajar  daripada
          mengikuti  pembelajaran  secara  dalam  talian  ialah  faktor  kemudahan  ifrastruktur,
          teknikal,  motivasi  dan  interaksi  sosial  dan  rata-rata  daripada  pelajar  ini  tinggal
          kawasan pedalaman atau pun kawasan yang tidak mempunyai rangkaian internet
          yang  baik.  Dapatan  ini  sekali  gus  menunjukkan  bahawa  pengajaran  bagi  subjek
          IDA102  perlu  dibezakan  dalam  bentuk  proses  pengajaran  kerana  pelajar  di
          kawasan bandar dan luar bandar mempunyai perbezaan dalam aspek rangkaian
          internet. Kaedah RURAGOGY dibina untuk memudahkan proses PdP bagi pelajar
          yang mempunyai rangkaian internet yang lemah. Aplikasi ini memberikan peluang
          kepada pelajar pedalaman untuk menjalani proses PdP secara 3 hala sama ada
          guru dengan pelajar, pelajar kepada guru atau pun antara pelajar dengan pelajar.
          Pelajar  dapat  mengikuti  PdP  dengan  melaksanakan  konsep  PAK21  iaitu  4K  IN
          walaupun  dengan  menggunakan  rangkaian  internet  yang  terbatas.  Proses  PdP
          secara  dalam  talian  seumpama  ini  dapat  meningkatkan  interaksi  pelajar.
          Seterusnya dapat meningkatkan motivasi pelajar kerana tidak berasa keseorangan
          dan  terasing  daripada  rakan  sekelas  yang  lain.  Lebih  penting  lagi,  pelajar  dapat
          mengikuti proses PdP dengan lancar walaupun menggunakan kaedah PdP yang
          berbeza dengan kumpulan pelajar yang mempunyai rangkaian internet yang baik.
          Penggunaan kaedah PdP secara RURAGOGY boleh dikomersialkan kepada setiap
          universiti  dan  semua  institusi  pendidikan  kerana  masing-masing  mempunyai
          masalah yang serupa.

          KA57

                OPDORT: OPTICAL SHADOW ART (OPDORT) IN PRESCHOOL

                                1
                                           2
                   DOREEN TING , LAU KE JAI , AMELIA CHONG WAN NI 3
            1,2                                3
              Methodist Pilley Institute, Sibu, Sarawak;  University College of Technology,
                                     Sibu, Sarawak
                                  1 dslting@pilley.edu.my

                                                                         130
   129   130   131   132   133   134   135   136   137   138   139