Page 133 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 133
bermain LB, setiap pemain mesti bijak meneka checkpoint yang betul supaya
membolehkannya bergerak ke checkpoint yang seterusnya. Terdapat tujuh
checkpoint untuk pemain menyelesaikan dan memenangi permainan ini. Jika
pemain meneka checkpoint yang tidak tepat boleh menyebabkan pemain
kehilangan giliran dan mengulang pada checkpoint yang pertama. Di setiap
checkpoint, pemain akan diberi soalan untuk dijawab (soalan adalah mengikut
subjek). Jika pemain gagal memberi jawapan yang tepat pada soalan yang diberi,
soalan lain akan diberi. Pemain yang berjaya mencapai checkpoint terakhir dalam
tempoh yang ditetapkan akan memenangi permainan ini. LB memaparkan element
cabaran, uji minda dan kemahiran menyelesaikan masalah pembelajaran oleh
seseorang pelajar mendepani era Revolusi Industri 4.0.
Kata kunci: innovative learning, mind test game, student game
KA55
AL-BATTANI KIT
1
NORWAHEDA BINTI HASRIN , ATIKAH MUNIRAH BINTI SAMSURI 2
Universiti Kebangsaan Malaysia
Fakulti Pendidikan, 43600 Bangi Selangor
1 2
P109306@siswa.ukm.edu.my, P109370@siswa.ukm.edu.my
Inovasi Kit Al-Battani (KAB) dibina bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh
pelajar dalam konsep asas fungsi trigonometri yang menyebabkan berlakunya
miskonsepsi apabila pelajar menyelesaikan masalah berkaitan trigonometri. Pelajar
juga menghadapi kesukaran dalam memahami dan melakar graf fungsi
trigonometri. Malah, kaedah pengajaran secara tradisional (chalk & talk)
merupakan salah satu faktor penyumbang masalah ketidakefahaman konsep
dalam topik trigonometri. Kit Al-Battani dibina menggunakan kotak terpakai dan
kertas A4 berwarna. Kajian keberkesanan dilaksanakan ke atas tiga orang pelajar
tingkatan lima yang menunjukkan peningkatanpenguasaan murid di dalam topik
trigonometri serta memberikan impak yang positif kepada guru dan pelajar dalam
proses pengajaran dan pemudahcaraan. Produk inovasi KAB diharap dapat
membantu guru-guru bagi memudahkan pemahaman pelajar mengenai konsep
asas trigonometri. Sekali gus, meningkatkan lagi tahap keberkesanan aktiviti
matematik dalam bilik darjah.
Kata Kunci: trigonometri, Pembelajaran Abad Ke-21, pengajaran dan
pemudahcaraan, konvensional, inovasi dalam pendidikan
dihasilkan.
KA56
RURAGOGY V3.0
1
JAHIDIH SAILI , AZMIN BIN PULLONG 2
Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi Mara (UITM)
Cawangan Sabah, Kampus Kota Kinabalu, Beg Berkunci 71, 88997 Kota Kinabalu,
Sabah, Malaysia.
1 jahidihsaili@uitm.edu.my
129