Page 128 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 128
malah ramai dalam kalangan pelajar yang menghadapi kesukaran melukis pola
pakaian. Kaedah penyelidikan ini berdasarkan pemerhatian. Pemerhatian terhadap
pelajar-pelajar kursus sijil fesyen dan pakaian di Kolej Komuniti Selayang, Kolej
Komuniti Raub, dan Kolej Komunti Baling . Tujuan inovasi Simply Curve adalah
menggunakan konsep all in one iaitu gabungan beberapa pembaris untuk memberi
bentuk pada penghasilan pola pakaian Data primer diperoleh daripada pemerhatian
terhadap para pelajar semasa proses membuat pola pakaian. Simply Curve
merupakan inovasi pembaris yang direka khas khususnya dalam pembuatan pola
pakaian. Kajian ini dijalankan berdasarkan dua data utama iaitu data primer dan
data sekunder termasuk pemerhatian terhadap para pelajar semasa proses
membuat pola pakaian dan juga diperoleh daripada tinjauan literatur, jurnal dan
juga dari buku. Prototaip juga dihasilkan mengambil kira beberapa faktor fungsi
seperti dilengkapi dengan pelbagai ukuran basi, pembuatan seluar, acuan lubang
leher baju, membentuk pada lubang lengan, bentuk pinggang, punggung, leher,
cawat seluar, kepala lengan serta mudah dibawa kemana sahaja. Simply Curve ini
dapat membantu pelajar kerana membolehkan kerja melakar pola seperti
mendapatkan garisan lebih tepat dengan hanya satu peralatan dimana sebelum ini
pelajar perlu menggunakan beberapa jenis pembaris yang berasingan. Melalui
hasil inovasi Simply Curve ini, proses melakar pola pakaian menjadi lebih mudah
dan cepat serta lebih praktikal.
Kata kunci: Inovasi, Pembaris, Pola, Pakaian, Pembuatan
KA46
3 IN 1 FUEL INJECTOR TESTER
1
2
MUHAMMAD FATTAH RIZQIN BIN HASHIM , FADZILLAH BIN SUHAILI ,
3
SH ZAINAF WAN ABU SEMAN , FRENLLY ANAK FRANCIS 4
Insitut Kemahiran Mara Kuching,
Jalan Kemahiran, Off Jalan Sultan Tengah, 93050, Kuching, Sarawak.
1 2
mfattah@mara.gov.my, fadzillah.suhaili@mara.gov.my,
3 zainaf.seman@mara.gov.my
Fuel injector merupakan bahagian yang terakhir di dalam sistem bahan bakar untuk
sesebuah enjin petrol dan diesel. Fuel injector akan menyuntik bahan bakar secara
automatik ke dalam ruang pembakaran enjin di atas piston. Ini menyebabkan ianya
sentiasa terdedah kepada letupan di dalam ruang pembakaran sekaligus mudah
untuk kotor atau rosak. Kerosakan yang biasa terjadi kepada fuel injector adalah
lubang suntikan yang tersumbat dan menyebabkan bahan bakar tidak disuntik
secara sempurna. Kesannya pembakaran sempurna tidak akan berlaku, dan akan
mengurangkan kecekapan enjin, malah boleh merosakkan enjin kerana kuasa yang
tidak seimbang di antara semua silinder enjin. Disarankan untuk membuat servis
kepada fuel injector setiap 10,000km perjalanan untuk enjin petrol kereta, atau
1000 jam penggunaan untuk enjin diesel marin. Dengan 3 in 1 fuel injector tester,
inovasi ini memudahkan kerja servis atau pembersihan fuel injector kerana ia
dilengkapi dengan 3 fungsi iaitu clean, test and measure dimana semuanya di
dalam satu alat. Proses clean untuk membersihkan, test untuk menguji
kesempurnaan bahan bakar, dan measure untuk menyukat kadar percikan bahan
bakar di dalam suatu masa.
Kata kunci: fuel injector tester, clean, test, measure
124