Page 124 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 124

Nota merupakan bahan rujukan yang selalunya dibekalkan oleh pensyarah kepada
          pelajar-pelajar di mana ianya boleh menjadi sumber untuk pelajar membuat ulang
          kaji.  Namun  begitu  adakala  nota-nota  yang  dibekalkan  oleh  pensyarah  dalam
          bentuk nota padat dan mempunyai tulisan yang panjang di mana ianya membuat
          pelajar mudah bosan dan sukar untuk fahami. Selain itu juga dapat dilihat pelajar
          kerap  kehilangan  nota  yang  dibekal  oleh  pensyarah.  Justeru  itu  kami  telah
          mencipta satu kaedah bagi memudahkan para pelajar dalam bidang logistik di Kolej
          Komuniti Jasin terutamanya kepada para pelajar semester satu memperolehi nota-
          nota ringkas bagi modul- modul berkaitan logistik dengan cepat dan mudah dengan
          hanya  membuat  imbas  QR  code  pada  poster-poster  yang  diletak  di  sekitar
          kawasan kuliah  di  Kolej  Komuniti  Jasin.  Diharap  dengan  penghasilan  inovasi ini,
          ianya dapat  memudahkan proses  pengajaran dan  pembelajaran  berjalan  dengan
          lancar, cepat dan mudah.
          Kata kunci: nota, logstik

          KA40

                               SUPERWRITE SUPEREASY

                                      1
                                                                         2
            RUSNIZA BINTI ABDUL HAMID , UMI NAJMI NADHIRAH BINTI ZULKIFLI ,
                                        3
              ROSLINDA BINTI MOHD NOOR , NAZATUL ASYIKIN BINTI JAAFAR  4
                                Kolej Vokasional Temerloh
                        Simpang Sanggang, 28020 Temerloh, Pahang.
                                   cikrus83@gmail.com

          SUPERWRITE  SUPEREASY  merupakan  satu  inovasi  yang  menggabungkan
          pembelajaran dan permainan atas talian (online game). Modul pembelajaran yang
          dipilih untuk inovasi ini ialah modul SUPERWRITE, satu modul yang diambil oleh
          para pelajar Diploma Kesetiausahaan Pentadbiran di Kolej Vokasional bawah KPM
          dan pelajar yang mengambil bidang setiausaha di UiTM. Objektif inovasi ini adalah
          untuk  menarik  minat  pelajar  terhadap  modul  ini  memandangkan  modul  ini  agak
          susah untuk dikuasai dan pada masa yang sama pembelajaran secara permainan
          atas  talian  akan  lebih  menyeronokkan.  Melalui  permainan  ini  juga,  pelajar  akan
          mudah mengingat konsep-konsep di dalam modul ini. Keunikan inovasi ini ialah ia
          menggabungkan pembelajaran dan permainan di mana sebelum ini pelajar hanya
          menggunakan  buku  semata-mata  sebagai  kaedah  pembelajaran.  Impak  dari
          inovasi ini ialah pelajar lebih mudah menguasai
          modul  ini.  Selain itu  pelajar  akan lebih seronok  untuk  meneruskan  pembelajaran
          dari  satu  topik  ke  satu  topik  di  mana  konsep  permainan  ini  ialah  pelajar  perlu
          menguasai  topik  semasa  (current  level)  sebelum  boleh  melangkah  ke  topik
          seterusnya (next level). Inovasi ini dilihat berpotensi untuk dikembangkan kepada
          semua Kolej Vokasional yang mengambil modul ini dan juga kepada pelajar-pelajar
          UiTM dalam bidang setiausaha.

          KA41

                                    EBOOK FIQH V2

                                                                          2
                                       1
           MOHAMAD HAZIM BIN AHAMAD , AHMAD HAFIZUDIN BIN AHMAD NIZAL ,
                                              3
              HAZEEQ ZARKASHI BIN MOHD ZAKI , MUHAMAD AKIF AKBAR BIN
                                                4
                                      ABDULLAH
                                                                         120
   119   120   121   122   123   124   125   126   127   128   129